Loading ...
Loading ...
Loading ...
14
ms Pengendalian mengikut peraturan
Pengendalian mengikut peraturan
Perkakas ini hanya sesuai untuk pengunaan di dalam rumah atau
persekitaran sepertinya. Gunakan peranti hanya untuk kuantiti dan
masa pemprosesan domestik.
Perkakas ini sesuai untuk mengadun, menguli, memukul, memotong
dan memarut makanan. Perkakas ini tidak boleh digunakan untuk
memproses objek atau bahan yang lain. Aplikasi tambahan boleh
digunakan, apabila menggunakan aksesori lain yang diluluskan oleh
pengilang. Gunakan alat hanya dengan bahagian dan aksesori asli
yang diluluskan. Jangan gunakan pemasangan ini untuk peranti
lain.
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik
dan ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut.
Arahan keselamatan penting
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan!
Jika perkakas diberikan kepada pihak yang lain, sertakan bersama
manual ini. Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan
perkakas dengan betul akan mengecualikan pengeluar dari liabiliti
kerosakan yang berlaku.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan kekurangan
keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan pengalaman
dan / atau pengetahuan dibawah selian atau telah dilatih mengikut
keselamatan pengendalian peralatan ini dan memahami kesan
bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain dengan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau
menyelenggara perkakas ini.
W Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi
pada plat kadaran. Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda
kerosakan pada perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada
perkasas, seperti penukaran kord kuasa yang rosak, hanya boleh
dilakukan oleh servis pelanggan kami bagi mengelakkan bahaya.
Jangan sambungkan perkakas pada pemasa atau soket yang
dikawal dengan alat kawalan jauh. Sentiasa awasi perkakas
semasa menggunakannya!
Jangan letak perkakas di atas atau berdekatan dengan
permukaan panas, seperti. Plat panas. Jangan biarkan kord
kuasa bersentuhan dengan bahagian panas atau menariknya di
atas bahagian sisi yang tajam.
Loading ...
Loading ...
Loading ...