Loading ...
Loading ...
Loading ...
14
Melayu
LANGKAH PENCEGAHAN PENTING:
Pastikan anda membaca semua arahan.
• Perkakas ini bukan dimaksudkan berfungsi
menggunakan suis masa luar atau sistem
kawalan jauh yang berasingan.
Perkakas ini bukan dimaksudkan
digunakan oleh orang (termasuk kanak-
kanak) yang kurang upaya dari segi
fizikal, deria atau mental, atau kurang
berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka diawasi atau diberi
arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh seorang yang
bertanggungjawab atas keselamatan
mereka.
• Kanak-kanak mesti diawasi untuk
memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas ini.
• Mengambil kira semua piawaian berbeza
yang dikuatkuasakan, jika perkakas ini
digunakan di negara selain daripada
negara ia dibeli, pastikan ia diperiksa oleh
sebuah pusat perkhidmatan yang
diluluskan.
• Jangan gerakkan perkakas ini ketika ia
sedang digunakan.
• Perkakas ini bukan dimaksudkan dibina ke
dalam unit perabot lain. Letakkan ketuhar
anda di tempat yang rata, stabil,
permukaan kerja tahan panas atau unit
dapur yang boleh menahan suhu
sekurang-kurangnya 90°C.
• Pastikan udara boleh mengalir dengan
bebas di sekeliling perkakas anda.
• Kami nasihatkan anda semasa
menggunakannya buat pertama kali,
gunakan ketuhar anda secara kosong
(tanpa gril).
• Biarkan jarak sekurang-kurangnya
2 sentimeter di antara bahan makanan
dan elemen memanas di bahagian atas
Adalah perkara biasa jika anda melihat
sedikit asap atau menghidu bau perkakas
baru keluar dari ketuhar ketika
menggunakan perkakas buat pertama
kalinya dan kejadian normal ini akan
hilang dengan cepat.
• Pastikan voltan utama anda bersesuaian
dengan apa yang ditunjukkan pada
perkakas (arus ulang alik saja).
• Jangan gunakan perkakas jika:
- ia ada kord yang tidak sempurna atau
rosak
- perkakas terjatuh dan menunjukkan
tanda kerosakan atau kepincangan.
• Dalam setiap kes ini, untuk mengelakkan
sebarang risiko kepada keselamatan anda
perkakas mesti di hantar kepada pusat
perkhidmatan yang diluluskan yang
terdekat.
• Untuk memastikan keselamatan, jika kord
kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh sama
ada pihak pengeluar, pusat perkhidmatan
yang diluluskan atau orang yang
berkelayakan sahaja.
• Pastikan bekalan kuasa elektrik anda
mencukupi untuk perkakas yang
menggunakan kuasa ini.
• Jangan biarkan kord kuasa tergantung
atau terkena bahagian panas ketuhar.
• Jangan mencabut palam perkakas dengan
menarik kord kuasa.
• Cabut palam perkakas jika anda perlu
melakukan pembersihan menyeluruh ke
atas perkakas atau ketika ribut taufan.
• Hanya gunakan sambungan yang
berkeadaan baik, dengan plag bumi dan
kord pengaliran yang sekurang-kurangnya
setebal kord yang disertakan bersama
produk ini.
• Cabut palam ketika perkakas tidak
digunakan.
• Untuk mengelakkan risiko kejutan
elektrik, jangan masukkan kord, palam
atau perkakas itu sendiri ke dalam air atau
sebarang cecair lain.
• Jangan letakkan perkakas hampir kepada
sebarang sumber haba atau dekat dengan
sebarang elemen elektrik. Jangan susun
perkakas ini bertingkat dengan sebarang
perkakas lain.
Permukaan boleh menjadi panas
semasa digunakan. Perkakas ini
berfungsi pada suhu tinggi yang
mungkin menyebabkan melecur.
Jangan sentuh bahagian besi atau kaca
ketuhar anda.
• Pintu dan permukaan luar boleh
menjadi panas semasa perkakas
digunakan.
TEFAL-NoticeFOUR_QUARTZTECH_NC00113545_Mise en page 1 17/05/12 08:40 Page14
Loading ...
Loading ...
Loading ...