Loading ...
Loading ...
Loading ...
16
Pembersihan dan penyenggaraan
Sistem Pembersihan Kerak Pintar
Perkakasan anda telah dipasang dengan sistem Smart Calc-Clean yang memastikan penyahskalaan
dan pembersihan dilakukan dengan kerap. Ini membantu mengekalkan prestasi stim yang kuat
dan mengelakkan kekotoran keluar daripada plat tapak lama kelamaan. Untuk memastikan proses
pembersihan dilakukan, penjana stim memberi peringatan tetap.
Peringatan bunyi dan lampu Pembersihan Kerak
Selepas penggunaan selama 1 hingga 3 bulan, lampu Pembersihan Kerak akan mula bernyala dan
perkakas akan mula mengeluarkan bunyi bip yang menandakan anda perlu melakukan proses (Raj. 15)
Calc-Clean.
Selain itu, langkah pertahanan kedua untuk melindungi penjana stim daripada kerak disepadukan:
fungsi stim akan dinyahdayakan jika pembuangan kerak tidak dilakukan (Raj. 16). Selepas
pembuangan kerak selesai, fungsi stim akan dipulihkan. Ini berlaku tidak kira jenis air yang digunakan.
Catatan: Proses Calc-Clean boleh dilakukan pada bila-bila masa, walaupun apabila peringatan bunyi
dan lampu tidak diaktifkan lagi.
Melakukan proses Pembersihan Kerak dengan bekas
Pembersihan Kerak
Amaran: Jangan tinggalkan perkakas tanpa dijaga sewaktu proses Pembersihan Kerak.
Awas: Sentiasa lakukan proses Calc-Clean dengan bekas Calc-Clean. Jangan ganggu proses
dengan mengangkat seterika dari bekas Pembersihan Kerak, kerana air panas dan stim akan
keluar dari plat tapak.
1 Isikan separuh (Raj. 17) tangki air.
Catatan: Pastikan palam perkakas dimasukkan dan perkakas DIHIDUPKAN ketika proses
Pembersihan Kerak.
2 Letakkan bekas Pembersihan Kerak di papan seterika atau lain-lain permukaan yang stabil dan
rata.
3 Letakkan seterika dengan stabil pada bekas Calc-Clean (Raj. 19).
4 Tekan dan tahan butang CALC-CLEAN selama 2 saat sehingga anda mendengar bunyi bip singkat.
Catatan: Bekas CALC-CLEAN telah ditetapkan untuk mengumpulkan partikel kerak dan air panas
sewaktu proses Calc-Clean. Adalah sangat selamat untuk meletakkan seterika di atas bekas ini
sepanjang proses.
5 Semasa proses Calc-Clean, anda mendengar bunyi bip dan bunyi pam (Raj. 21).
6 Tunggu lebih kurang 2 minit untuk perkakas menyelesaikan proses. Apabila proses Pembersihan
Kerak selesai, seterika akan berhenti berbunyi bip dan lampu CALC-CLEAN berhenti berkelip.
7 Lap seterika dengan kain dan letakkannya kembali di stesen pangkalan (Raj. 23).
Awas: Seterika panas.
8 Apabila bekas Pembersihan Kerak menjadi panas sewaktu proses Pembersihan Kerak, tunggu kira-
kira 5 minit sebelum anda menyentuhnya. Kemudian bawa bekas Pembersihan Kerak ke singki,
kosongkannya dan simpan untuk kegunaan masa depan (Raj. 24).
Bahasa Melayu
Loading ...
Loading ...
Loading ...