Loading ...
Loading ...
Loading ...
15
Fungsi galak stim
Gunakan fungsi pancutan stim untuk menghilangkan kedutan yang degil.
1 Tekan picu stim dua kali dengan cepat (Raj. 11).
Penyeterikaan secara menegak
Amaran: Stim panas dikeluarkan daripada seterika. Jangan sekali-kali menghilangkan kedut
daripada pakaian semasa seseorang memakainya (Raj. 12). Jangan gunakan stim berdekatan
dengan tangan anda atau tangan orang lain.
Anda boleh menggunakan seterika stim dalam keadaan menegak untuk menyingkirkan kedut
daripada baju yang digantung.
1 Pegang seterika dalam posisi menegak, tekan picu stim dan sentuh pakaian dengan lembut pada
plat tapak dan gerakkan seterika atas dan bawah (Raj. 13).
Rehat selamat
Meletakkan seterika semasa menyusun semula pakaian anda
Semasa menyusun semula pakaian anda, anda boleh meletakkan seterika di atas platform seterika
atau secara mendatar di atas papan seterika (Raj. 2). Teknologi OptimalTEMP memastikan tapak
seterika tidak akan merosakkan penutup papan seterika.
Penjimatan kuasa
Mod ECO
Dengan mod ECO (pengurangan jumlah stim), anda boleh menjimatkan tenaga tanpa mengurangkan
hasil penyeterikaan.
1 Untuk mengaktifkan mod ECO, tekan butang ECO (Raj. 14). Lampu hijau ECO bernyala.
2 Untuk menyahaktifkan mod ECO, tekan butang ECO sekali lagi. Lampu hijau ECO terpadam.
Mod automati keselamatan (jenis tertentu sahaja)
- Untuk menjimatkan tenaga, perkakas akan dimatikan secara automatik jika ia tidak digunakan
selama 5 minit. Lampu pada butang mati secara auto mula berkelip.
- Untuk mengaktifkan perkakas semula, tekan butang hidup/mati. Perkakas kemudian mula menjadi
panas semula.
Amaran: Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila ia bersambung dengan sesalur
kuasa. Cabut plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
Bahasa Melayu
Loading ...
Loading ...
Loading ...