Loading ...
Loading ...
Loading ...
Menggunakan perkakas
Tetapan kepanjangan rambut ditunjukkan dalam milimeter, sikat memotong
rambut dengan kepanjangan 1mm hingga 23mm. Tetapan ini sepadan
dengan kepanjangan rambut yang tinggal selepas pemotongan.
Apabila anda merapikan janggut anda buat kali pertama, berhati-hatilah.
Jangan gerakkan perapi terlalu pantas. Buat gerakan yang lancar dan
lembut.
Petua: Mulakan perapian pada tetapan kepanjangan yang tinggi dan
kurangkan tetapan kepanjangan secara perlahan-lahan sehingga anda
mencapai kepanjangan rambut yang diinginkan.
Merapi dengan sikat
1 Pasang sikat pada perkakas.
2 Putarkan pelaras tetapan kepanjangan kepada tetapan kepanjangan
yang diinginkan.
Nota: Apabila anda merapi buat kali pertama, mulakan pada tetapan
kepanjangan tertinggi untuk membiasakan diri anda dengan perkakas ini.
3 Hidupkan perkakas.
4 Untuk merapi dengan paling berkesan, gerakkan perapi dengan
melawan arah pertumbuhan rambut. Pastikan bahawa permukaan
sikat sentiasa bersentuhan dengan kulit.
BAHASA MELAYU32
Loading ...
Loading ...
Loading ...