Loading ...
Loading ...
Loading ...
Pengecasan
Cas perkakas sepenuhnya sebelum anda menggunakannya buat kali
pertama dan selepas tidak digunakan dalam tempoh yang lama.
Perkakas memerlukan lebih kurang 8 jam untuk dicas sepenuhnya.
Setelah perkakas dicas sepenuhnya, ia mempunyai tempoh
masa pengendalian tanpa kord sehingga 60 minit (HC3424, HC3420)
atau 75 minit (HC5440).
Nota: Selepas mengecas perkakas sepenuhnya buat kali pertama, anda juga
boleh menggunakan perkakas tersebut terus daripada sesalur kuasa.
Hanya sambungkan perkakas kepada sesalur kuasa.
Penunjuk pengecasan
Pengecasan
- Apabila perkakas sedang dicas, lampu pengecasan akan bernyala hijau
secara berterusan.
Mengecas perkakas
1 Pastikan perkakas dimatikan.
2 Masukkan plag perkakas ke dalam perkakas.
3 Letakkan penyesuai di dalam soket dinding.
4 Selepas mengecas, tanggalkan penyesuai dari soket dinding dan cabut
plag perkakas keluar dari perkakas.
Mengoptimumkan jangka hayat bateri boleh cas
Setelah anda mengecas perkakas buat kali pertama, kami mengesyorkan
anda agar menggunakannya sehingga bateri betul-betul kosong.
Terus menggunakan perkakas sehingga motor hampir berhenti berjalan
semasa sesi perapian. Kemudian caskan bateri semula. Ikuti prosedur ini
sekurang-kurangnya dua kali setahun.
BAHASA MELAYU 31
Loading ...
Loading ...
Loading ...