Loading ...
Loading ...
Loading ...
99
SEKIRANYA TERDAPAT MASALAH
TIDAK TERDAPAT KEROSAKAN YANG NYATA PADA CEREK ANDA
Cerek tidak berfungsi
Pastikan cerek anda disambung dengan betul.
Cerek telah dihidupkan tanpa air atau kerak karat yang terkumpul telah menyebabkan
pemanasan terlampau berlaku: biarkan cerek sejuk dan kemudian isikan air. Bersihkan kerak
karat terlebih dahulu jika ia telah terkumpul.
Hidupkannya: cerek sepatutnya kembali berfungsi selepas lebih kurang 15 minit.
JIKA CEREK ANDA TERJATUH, JIKA IA BOCOR ATAU TERDAPAT KEROSAKAN YANG KETARA
PADA KORD KUASA, PALAM ATAU TAPAK CEREK
Pulangkan cerek anda kepada Pusat Perkhidmatan Selepas Jualan, hanya mereka yang
dibenarkan untuk membaiki kerosakan. Lihat syarat-syarat jaminan dan senarai pusat dalam
buku kecil yang disertakan bersama cerek anda. Jenis dan nombor siri ditunjukkan di bahagian
dasar cerek anda. Jaminan ini melindungi kerosakan pengilangan dan penggunaan domestik
sahaja. Sebarang keretakan atau kerosakan yang terjadi akibat daripada kegagalan untuk
mematuhi arahan adalah tidak dilindungi oleh jaminan.
Pengeluar berhak untuk mengubah suai sifat-sifat atau komponen cereknya pada bila-bila
masa untuk kepentingan pelanggan.
PEMBERSIHAN DAN PENYENGGARAAN
MEMBERSIHKAN CEREK ANDA
Cabut palamnya.
Biarkannya sejuk dan bersihkannya dengan span lembap.
Jangan sesekali merendam cerek, tapaknya, kord atau palam elektrik di dalam air: penyambung
elektrik atau suis mestilah tidak terkena air.
Jangan menggunakan pad penyental.
MEMBERSIHKAN PENURAS (raj 4)
Penuras yang boleh dibuka merangkumi jaringan untuk menghalang partikel kerak dan
mencegahnya daripada jatuh ke dalam cawan anda apabila menuang. Penuras ini tidak merawat
mahupun mengeluarkan kekerasan air. Oleh itu ia mengekalkan kualiti ait. Dengan setiap air
keras, penuras boleh menyumbat dengan cepat (kegunaan sebanyak 10 hingga 15 kali). Adalah
penting untuk membersihkannya secara kerap. Jika ia basah, letak di bawah air yang mengalir,
jika kering, gosok dengan perlahan. Kadangkala kerak tidak akan tercabut dengan sendiri; ia
kemudian perlu dinyahkerak.
MEMBERSIH KERAK KARAT
Bersihkan kerak karat dengan kerap, sebaik-baiknya sebulan sekali atau lebih kerap jika air
anda amat liat. Pengenalpastian suhu dalam cerek mungkin akan mendapat kesan daripada
pengumpulan kerak.
Untuk membersihkan kerak karat cerek anda:
Gunakan cuka putih:
Isikan cerek dengan 1/2l cuka,
Biarkannya selama 1 jam tanpa dipanaskan.
•Menggunakan asid sitrik:
Didihkan ½ l air,
Tambah 25g asid sitrik dan biarkannya selama 15 min.
•Kosongkan cerek anda dan bilas sebanyak 5 atau 6 kali. Ulang jika perlu.
Untuk menyahkerak penuras anda:
Rendam penuras dalam cuka putih atau asid sitrik yang cair.
•Jangan gunakan kaedah menyahkerak selain daripada yang disarankan.
MS
Loading ...
Loading ...
Loading ...