Loading ...
Loading ...
Loading ...
97
1. Keluarkan semua pembungkus, pelekat atau aksesori dari bahagian dalam dan luar cerek .
2. Selaraskan kepanjangan kord dengan menggulungnya ke bawah tapak. Sendalkan kord ke
dalam takuk. (gambarajah 1)
Masak air dan buang untuk dua tiga kali terlebih dulu kerana ia mungkin mengandungi debu.
Basuh cerek.
PENGGUNAAN
SEBELUM MENGGUNAKAN PERALATAN BUAT PERTAMA KALI
1. UNTUK MEMBUKA PENUTUP, MENGIKUT MODEL
Tekan pada sistem kunci dan penutup akan terangkat secara automatik. (gambarajah 2)
Untuk tutup, tekan penutup ke bawah dengan kukuh.
2. LETAKKAN TAPAK PADA PERMUKAAN YANG RATA, STABIL DAN TAHAN HABA, JAUH
DARIPADA PERCIKAN AIR ATAU SEBARANG SUMBER HABA.
Cerek hanya digunakan dengan asas yang diberikan.
3. ISI CEREK DENGAN AIR SETAKAT YANG DIKEHENDAKI. (gambarajah 3)
Anda boleh isi melalui muncung.
Jangan sesekali mengisi air ke dalam cerek ketika ia masih berada di tapaknya.
Jangan isi lebih dari tahap maksimum, atau kurang daripada tahap minima. Jika cerek
terlampau penuh, air yang mendidih mungkin tertumpah.
Jangan menggunakannya tanpa berisi air.
Pastikan bahawa penutupnya ditutup dengan betul sebelum digunakan.
4. LETAKKAN CEREK PADA TAPAKNYA. PASANG PALAMNYA KE SOKET UTAMA.
5. MENGHIDUPKAN CEREK
Apabila cerek diletakkan atas asas, semua lampu akan menyala. Suhu air dalam cerek akan
dipapar pada skrin.
UNTUK MEMANASKAN AIR:
2 pilihan:
Jika anda ingin memulakan pusingan mendidih, tekan butang
Jika anda ingin memilih suhu sendiri (8 pilihan: 100° - 95° - 90° - 85° - 80° - 70° - 60° - 40°), tekan
butang
sehingga anda mencapai suhu yang anda ingini.
Apabila suhu telah dipilih (samada melalui
atau ), pusingan penghabaan mula secara
automatic selepas 2 saat, kemudian cerek akan menghasilkan bunyi sekali apabila suhu yang
telah dicapai (ketepatan +/- 3°C).
Untuk menghentikan pusingan semasa, tekan mana-mana butang.
AMBIL PERHATIAN
Untuk tetapan suhu 40°C, kami sarankan meletak air kepada petunjuk minimum dalam cerek
untuk meningkatkan ketepatan sensor.
Tetapi, suhu air mungkin berbeza bergantung pada keadaan luaran. Adalah penting untuk
memeriksa suhu air sebelum minum persediaan anda.
Letakkan cerek dan kord kuasa dengan baik di belakang permukaan kerja.
Jaminan meliputi kecacatan pengeluaran dan penggunaan domestik sahaja. Sebarang
kebocoran atau kerosakan akibat dari kegagalan untuk mematuhi dengan arahan penggunaan
adalah tidak dilindungi oleh jaminan.
MS
Loading ...
Loading ...
Loading ...