Loading ...
Loading ...
Loading ...
1. Pembersihan Kotak Habuk
(1) Cara untuk menanggalkan kotak habuk: tekan butang kotak habuk,
tarik keluar kotak habuk dan keluarkan berus pembersih di atas (Rajah 1).
(2) Cara untuk membuang habuk: buka penutup atas kotak habuk dan
tuangkan habuk dari bahagian sisi kotak (Rajah 2).
(3) Bersihkan kotak habuk dan unit penapis (Rajah 3) - kotak habuk boleh
dibasuh.
(4) Pasang semula: Selepas dijemur kering di bawah sinaran matahari,
pasang semula kotak habuk dan periksa sama ada ia dipasang dengan
baik.
2. Pembersihan Berus Berputar dan Berus Sisi
(1) Tanggalkan berus berputar dan plat penutupnya mengikut arah anak
panah (hujung penutup berus berputar yang berwarna merah harus
dipasang pada sebelah kanan) (Rajah 4).
(2) Bersihkan berus berputar dan plat penutupnya dengan alat
pembersih atau kain lembut (berus berputar dan plat penutupnya
boleh dibasuh, dan perlu dikeringkan sepenuhnya sebelum ia dipasang
semula untuk penggunaan seterusnya) (Rajah 5-6).
(3) Tarik keluar berus sisi dan bersihkan habuk pada berus sisi (Rajah 7-8).
PENYELENGGARAAN
04
BM-14
Loading ...
Loading ...
Loading ...