Sharp IG-GC2E-P 3.6m² Car Ion Generator

User Manual - Page 16

For IG-GC2E-P.

PDF File Manual, 40 pages, Read Online | Download pdf file

IG-GC2E-P photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
M-3
atau bahan asing termasuk ke dalam unit, cabut palam penyesuai kereta dari
soket aksesori. (Penggunaan secara berterusan boleh menyebabkan kebakaran
atau kejutan elektrik.) Hubungi kedai tempat anda membuat pembelian atau
pusat servis SHARP yang sah.
Jangan lap unit dengan minyak, alkohol, benzena atau pencair, atau menyembur
penyembur rambut atau racun serangga pada unit. Jika bahan tersebut terkena
pada unit, lap dengan segera. (Bahan tersebut boleh menyebabkan keretakan
atau kejutan elektrik atau terbakar.)
Jangan letakkan unit di tempat yang terdedah kepada asap minyak atau
lembap seperti kaunter dapur atau alat pelembap. (Perbuatan sedemikian boleh
menyebabkan kejutan elektrik.)
Jangan letakkan unit berhampiran dengan peralatan pemanasan seperti
salur keluar pemanas jenis udara panas. (Perbuatan sedemikian boleh
menyebabkannya meleding atau malfungsi.)
Gunakan penyesuai kereta yang direka bentuk khas untuk unit ini, dan
masukkan penyesuai kereta dengan kukuh sehingga tidak boleh dimasukkan
lagi. (Jika penyesuai kereta tidak dicucukkan dengan kukuh sehingga tidak
boleh dimasukkan lagi, penyesuai tersebut boleh menjadi panas, merosakkan
soket aksesori dan keadaan ini boleh mengakibatkan kebakaran.)
Pastikan anda mencabut palam penyesuai kereta dari soket aksesori apabila
membersihkannya. (Kegagalan melakukan sedemikian boleh menyebabkan
kejutan elektrik atau kecederaan.)
Pastikan anda mencabut palam penyesuai kereta dari soket aksesori apabila tidak
digunakan untuk jangka masa yang lama. (Kegagalan melakukan sedemikian
boleh menyebabkan kejutan elektrik atau kebakaran yang disebabkan oleh
litar pintas.)
Jika soket aksesori disepadukan dengan bekas abu rokok, pastikan bahawa
rokok dipadamkan sepenuhnya sebelum menggunakan unit tersebut.
Apabila meninggalkan kenderaan, cabut penyesuai kereta dan tutup penutup
abu rokok. (Kegagalan melakukan sedemikian boleh menyebabkan kebakaran
yang disebabkan oleh rokok yang masih menyala.)
Perkakas ini tidak direka untuk digunakan oleh mereka (termasuk kanak-kanak)
yang cacat tubuh badan, cacat mental dan deria, atau kurang pengalaman
dan pengetahuan, kecuali jika mereka diberikan penyeliaan atau arahan
tentang penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas ini.
IG-GC2_MY.indd 3IG-GC2_MY.indd 3 6/13/2559 BE 6:32 PM6/13/2559 BE 6:32 PM
Loading ...
Loading ...
Loading ...