Sharp FU-A80E-W 62m² Air Purifier

OPERATION MANUAL - Page 28

For FU-A80E-W.

PDF File Manual, 40 pages, Read Online | Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
M-2
Baca semua arahan sebelum menggunakan unit ini.
Apabila menggunakan perkakas elektrik, langkah berjaga-jaga keselamatan asas hendaklah
diikuti, termasuk yang berikut:
AMARAN
-
Untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik, kebakaran atau kecederaan kepada individu:
Sambung palam kuasa ke soket elektrik khas dengan voltan 220-240V, 50/60Hz.
Jangan gunakan unit ini jika kord kuasa atau palamnya rosak, atau sambungan ke salur keluar
dinding longgar.
Dari semasa ke semasa buang habuk yang melekat pada palam.
Jangan gunakan kord pemanjangan.
Jangan masukkan jari atau sebarang objek ke dalam salur masuk atau salur keluar udara.
Jangan cabut palam dengan menarik kordnya. Untuk mencabut palam, genggam palamnya.
Jangan pegang palam atau unit ini dengan tangan yang basah.
Cabut palam kord elektrik sebelum menjalankan sebarang kerja penyelenggaraan.
Jika kord kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servisnya, Pusat Servis Sharp yang
sah atau orang yang berkelayakan bagi mengelakkan bahaya.
Jangan gunakan berhampiran gas mudah terbakar dan bahan-bahan seperti racun serangga, pe-
wangi dan rokok yang masih menyala.
Jangan gunakan di tempat yang lembap seperti bilik air.
Sila hubungi Pusat Servis Sharp Sah yang berdekatan bagi sebarang masalah, pelarasan atau
pembaikan.
Perkakas ini tidak direka untuk digunakan oleh mereka (termasuk kanak-kanak) yang cacat tubuh
badan, cacat mental dan deria, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali jika mereka
diberikan penyeliaan atau arahan tentang penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggung-
jawab atas keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
NOTA
- Gangguan Radio atau TV:
Jika pembersih udara ini menyebabkan gangguan kepada penerimaan isyarat radio atau televisyen,
cuba hilangkan gangguan dengan mengambil satu atau lebih langkah-langkah berikut:
Alih kedudukan antena penerima.
Jauhkan unit ini dari penerima radio/TV.
Sambungkan alat ini kepada salur keluar pada litar yang berbeza dengan yang bersambung ke-
pada penerima.
Sila hubungi penjual atau juruteknik radio/TV yang berpengalaman untuk mendapatkan bantuan.
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
OP_FU-A80E-EN+CL+ML.indb 2OP_FU-A80E-EN+CL+ML.indb 2 8/4/11 5:07:19 PM8/4/11 5:07:19 PM
Loading ...
Loading ...
Loading ...