Sharp FP-JM40E-B 30m² Air Purifier With Mosquito Catcher

User Manual - Page 20

For FP-JM40E-B.

PDF File Manual, 68 pages, Read Online | Download pdf file

FP-JM40E-B photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...

ARAHAN KESELAMATAN PENTING
Sentiasa ikuti langkah keselamatan asas
semasa menggunakan perkakas elektrik,
termasuk yang berikut:
AMARAN
Sentiasa perhatikan perkara
yang berikut untuk mengurangkan risiko
kejutan elektrik, kebakaran atau kecederaan:
Baca semua arahan sebelum menggunakan
unit utama ini.

Perkakas ini tidak direka untuk
digunakan oleh mereka (termasuk
kanak-kanak) yang cacat tubuh badan,
cacat deria atau mental, mahupun
mereka yang kurang berpengalaman
dan pengetahuan, kecuali jika mereka
diberikan penyeliaan atau arahan yang
betul tentang penggunaan perkakas ini
oleh orang yang bertanggungjawab atas
keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi
memastikan mereka tidak bermain
dengan perkakas ini.
Jika kord kuasa rosak, ia mesti
digantikan oleh pengilang, wakil
servis, Pusat Servis Sharp yang sah
atau individu yang berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya. Sila hubungi
Pusat Servis yang berdekatan bagi
sebarang masalah, pelarasan atau
pembaikan.
Pastikan anda menanggalkan palam
sebelum menjalankan penyelenggaraan,
apabila menanggalkan, memasang dan
menggantikan penapis serta apabila
tidak menggunakannya untuk masa yang
lama. Kegagalan melakukan sedemikian
akan menyebabkan litar pintas berlaku
yang mengakibatkan kejutan elektrik
atau kebakaran.
Jangan gunakan unit utama ini jika kord
kuasa atau palamnya rosak atau jika
sambungan ke salur keluar dinding longgar.
Dari semasa ke semasa buang habuk yang
melekat pada palam.
Jangan masukkan jari atau objek asing ke
dalam salur masuk atau salur keluar udara.
Sentiasa pegang palam dan jangan sesekali
tarik kordnya apabila hendak menanggalkan
palam kuasa.
Kegagalan melakukan sedemikian akan
menyebabkan litar pintas berlaku yang
mengakibatkan kejutan elektrik atau
kebakaran.

tidak, boleh menyebabkan kejutan elektrik,
terlebih panas atau kebakaran.
Jangan tanggalkan palam dengan tangan
yang basah.
Jangan letak unit utama ini berdekatan
atau pada objek panas, seperti dapur atau
pemanas, ataupun yang boleh terkena wap
air.
Jangan kendalikan unit utama ini di dalam
bilik yang menggunakan penyembur
pembunuh serangga. Jangan kendalikan
unit utama ini di dalam bilik yang udaranya
berminyak, berbau asap, terdapat nyalaan
api daripada rokok yang dinyalakan, atau
wasap kimia di udara. Jangan kendalikan
unit utama di tempat yang basah seperti bilik
mandi.

unit utama ini. Bahan pencuci yang kuat
mengakis boleh merosakkan bahagian luar
unit.
Jangan dedahkan unit utama kepada air.
Berbuat demikian boleh menyebabkan litar
pintas atau kejutan elektrik.
NOTA
Apa harus dilakukan jika unit utama

Jika pembersih udara mengganggu
penerimaan radio atau televisyen, cuba salah

Laraskan atau ubah kedudukan antena
penerima.

Sambungkan peralatan ke dalam salur
keluar pada litar yang berbeza yang
bersambung dengan penerima radio atau

Rujuk wakil penjual atau juruteknik radio

Loading ...
Loading ...
Loading ...