Loading ...
Loading ...
Loading ...
- Temui doktor gigi anda jika pendarahan melampau berlaku
selepas menggunakan perkakas ini atau jika pendarahan
berterusan selepas penggunaan selama 1 minggu. Rujuk juga
doktor pergigian anda jika anda mengalami ketakselesaan atau
rasa sakit apabila anda menggunakan perkakas ini.
- Perkakas Philips ini mematuhi standard keselamatan untuk peranti
elektromagnet. Jika anda mempunyai perentak jantung atau
peranti lain yang diimplan, hubungi doktor anda atau pengilang
perkakas yang diimplan sebelum menggunakannya.
- Jika anda mempunyai keraguan dari segi perubatan, temui doktor
anda sebelum anda menggunakan perkakas ini.
- Perkakas ini hanya direka bentuk untuk membersihkan gigi, gusi
dan lidah. Jangan gunakannya untuk sebarang tujuan lain.
Berhenti menggunakan perkakas dan hubungi doktor anda jika
anda mengalami sebarang rasa tidak selesa atau sakit.
- Perkakas ini ialah alat pembersihan peribadi dan tidak
dimaksudkan untuk digunakan oleh lebih dari seorang pesakit di
klinik atau institusi gigi.
- Jangan gunakan kepala berus selain yang disarankan oleh Philips
Sonicare.
- Berhenti menggunakan kepala berus dengan bulu kejur yang
renyuk atau bengkok. Gantikan kepala berus setiap 3 bulan sekali
atau lebih awal jika tanda-tanda haus kelihatan.
- Elakkan dari terkena produk yang mengandungi minyak pati atau
minyak kelapa. Jika terkena, bulu berus mungkin akan tercabut.
- Mentol cahaya UV pensanitasi menjadi panas semasa dan sejurus
selepas kitaran pembersihan. Jangan sentuh mentol cahaya UV
semasa mentol tersebut panas.
- Jangan kendalikan pensanitasi tanpa dipasang skrin pelindung
untuk mengelakkannya daripada bersentuhan dengan mentol
cahaya UV panas.
- Jika anda menggunakan pensanitasi untuk 3 kitaran pembersihan
UV secara berturut-turut, matikan pensanitasi tersebut selama
sekurang-kurangnya 30 minit sebelum anda memulakan satu lagi
kitaran pembersihan UV.
58
Bahasa Melayu
Loading ...
Loading ...
Loading ...