Loading ...
Loading ...
Loading ...
Bahasa Melayu
Pengenalan
Tahniah kerana membeli berus gigi berkuasa Philips Sonicare baharu
anda! Pembersihan plak yang lebih hebat, gigi lebih putih dan gusi
lebih sihat di hujung jari anda. Dengan menggunakan gabungan
teknologi sonik lembut Sonicare dan ciri yang dibangunkan serta
terbukti secara klinikal, anda boleh yakin bahawa anda memperoleh
hasil pembersihan yang terbaik pada setiap masa. Sokongan dan
pendaftaran produk lanjut tersedia untuk anda di:
http://www.philips.com/welcome.
Selamat datang ke keluarga Philips Sonicare!
Tujuan Penggunaan
Berus gigi berkuasa siri ExpertClean bertujuan untuk menanggalkan
plak yang melekat dan sisa makanan daripada gigi untuk
mengurangkan kerosakan gigi, menambah baik serta menjaga
kesihatan oral. Berus gigi berkuasa siri ExpertClean bertujuan untuk
penggunaan pengguna di rumah. Penggunaan oleh kanak-kanak
hendaklah dengan pengawasan orang dewasa.
Maklumat keselamatan penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan maklumat ini untuk rujukan pada masa
hadapan.
Nota: Aksesori dan ciri berbeza-beza untuk model yang berlainan.
Sebagai contoh, sesetengah model disertakan dengan pensanitasi
atau dilengkapi Bluetooth.
Bahaya
- Pastikan pengecas dan/atau pensanitasi dijauhkan daripada air.
Jangan letakkan atau simpan perkakas yang menyebabkannya
mudah jatuh atau tertarik ke dalam tab atau singki.
- Jangan rendam pengecas dan/atau pensanitasi dalam air atau
cecair lain.
56
Bahasa Melayu
Loading ...
Loading ...
Loading ...