Loading ...
Loading ...
Loading ...
PENTING - Pembersihan dan penyelenggaraan
Sistem Pembersihan Kerak Pintar
Perkakas anda telah direka bentuk dengan sistem Pembersihan Kerak Pintar untuk memastikan
pembersihan dan penanggalan kerak dilakukan dengan tetap. Ini membantu mengekalkan prestasi
stim yang kuat dan mengelakkan habuk serta kotoran keluar daripada plat tapak. Untuk memastikan
yang proses pembersihan dilakukan, penjana stim akan memberikan peringatan berkala. Selain itu,
langkah keselamatan kedua untuk melindungi penjana stim daripada kerak telah disepadukan: fungsi
stim akan dinyahdayakan jika penanggalan kerak tidak dilakukan setelah 1 jam menyeterika dengan
stim selepas peringatan diberikan. Selepas penanggalan kerak dilakukan, fungsi stim akan dipulihkan.
Ini berlaku tanpa mengambil kira jenis air yang digunakan.
Peringatan bunyi dan lampu Pembersihan Kerak
- Selepas penggunaan selama 1 hingga 3 bulan, lampu butang Pembersihan Kerak akan mula
bernyala dan perkakas akan mula mengeluarkan bunyi bip yang menandakan anda perlu
melakukan proses Pembersihan Kerak (Gamb. 6).
- Anda boleh terus menyeterika dengan stim untuk 1 jam sementara cahaya Pembersihan Kerak
berkelip dan bunyi bip perkakas berbunyi. Selepas 1 jam, fungsi stim akan dinyahdayakan secara
automatik. Anda perlu melakukan proses Pembersihan Kerak sebelum meneruskan
penyeterikaan stim. (Gamb. 7)
Melakukan proses Pembersihan Kerak dengan bekas Pembersihan Kerak
Jangan tinggalkan perkakas tanpa dijaga sewaktu proses Pembersihan Kerak.
Awas: Jangan ganggu proses dengan mengangkat seterika dari bekas Pembersihan Kerak,
kerana air panas dan stim akan keluar dari plat tapak.
1 Isikan separuh tangki air (Gamb. 8).
2 Pastikan palam perkakas dimasukkan dan perkakas DIHIDUPKAN ketika proses Pembersihan
Kerak (Gamb. 9).
3 Letakkan bekas Pembersihan Kerak di papan seterika atau lain-lain permukaan yang stabil dan
rata (Gamb. 10).
4 Letakkan seterika dengan stabil pada bekas Pembersihan Kerak.
5 Tekan dan tahan butang Pembersihan Kerak selama 2 saat sehingga anda mendengar bunyi bip
singkat (Gamb. 11).
Nota: Bekas Pembersihan Kerak telah direka bentuk untuk mengumpulkan partikel kerak dan air panas
sewaktu proses Pembersihan Kerak. Anda boleh meletakkan seterika pada bekas ini sewaktu proses ini
kerana ini selamat.
6 Ketika proses Pembersihan Kerak, anda akan mendengar bunyi bip singkat dan bunyi pam.
Tunggu selama 2 minit untuk perkakas melengkapkan proses (Gamb. 12).
7 Apabila proses Pembersihan Kerak selesai, seterika akan berhenti berbunyi bip (Gamb. 13).
8 Lap seterika dengan kain dan letakkannya kembali di stesen pangkalan (Gamb. 14).
9 Apabila bekas Pembersihan Kerak menjadi panas sewaktu proses Pembersihan Kerak,
tunggu kira-kira 5 minit sebelum anda menyentuhnya.
10 Bawa bekas Pembersihan Kerak ke singki, kosongkannya dan simpan untuk kegunaan masa
depan (Gamb. 15).
11 Jika perlu, anda boleh mengulangi langkah 1 hingga 10. Pastikan anda mengosongkan bekas
Pembersihan Kerak sebelum anda memulakan proses Pembersihan Kerak.
Nota: Sewaktu proses Pembersihan Kerak, air yang bersih mungkin keluar dari plat tapak jika tiada
kerak yang terkumpul dalam seterika. Ini adalah perkara biasa.
BAHASA MELAYU 27
Loading ...
Loading ...
Loading ...