Loading ...
Loading ...
Loading ...
26
Pengenalan
Seterika ini telah diluluskan oleh The Woolmark Company Pty Ltd untuk menyeterika produk wul
sahaja, dengan syarat pakaian diseterika mengikut arahan pada label pakaian dan yang telah
dikeluarkan oleh pengilang seterika ini. R1401. Di United Kingdom, Eire, Hong Kong dan India,
tanda dagangan Woolmark ialah tanda dagangan pensijilan.
Perihalan umum (Gamb. 3)
1 Kunci pembawa (jenis tertentu saja)
2 Corong isian tangki air
3 Tangki air
4 Platform seterika
5 Hos bekalan
6 Kord sesalur kuasa dengan plag
7 Butang Pembersihan Kerak dengan lampu Pembersihan Kerak
8 Butang hidup/mati dengan lampu hidup kuasa
9 Butang ECO dengan lampu
10 Plat tapak
11 Pencetus stim
12 Lampu ‘seterika sedia’
13 Bekas Sistem Pembersihan Kerak
Teknologi OptimalTemp
Teknologi OptimalTemp membolehkan anda menyeterika pelbagai jenis fabrik yang boleh diseterika,
tanpa perlu melaraskan suhu seterika.
- Fabrik dengan simbol ini boleh diseterika, seperti linen, kapas, poliester, sutera, sakhlat, viskos dan
rayon (Gamb. 4).
- Fabrik dengan simbol ini tidak boleh diseterika. Fabrik ini termasuk fabrik sintetik seperti
Spandex atau elastan, fabrik campuran Spandex dan poliolen (seperti polipropilena), tetapi juga
corak pada pakaian (Gamb. 5).
Jenis air yang disyorkan: air suling atau air yang dinyahgalian
Perkakas anda telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Jika anda tinggal di kawasan
dengan air keras, pembentukan karat yang cepat akan berlaku. Anda disyorkan untuk menggunakan
air suling atau air yang dinyahgalian untuk memanjangkan hayat perkakas anda.
Jangan gunakan air berwangian, air dari mesin pengering pakaian, cuka, kanji, agen penanggal kerak,
bahan bantu penyeterikaan, air yang dinyahkerak secara kimia atau bahan kimia lain, kerana ini
boleh menyebabkan air berdetus, kesan kotoran perang atau kerosakan pada perkakas anda.
Penyeterikaan
Sila baca panduan permulaan ringkas pada pembungkusan dengan teliti untuk mula
menggunakan perkakas anda.
Nota: Pastikan pencetus stim ditekan secara berterusan apabila anda menggerakkan seterika di atas
fabrik semasa menyeterika.
BAHASA MELAYU
Loading ...
Loading ...
Loading ...