Safety instructions - Page 20

For VF6410F0. Also, The document are for others Tefal models: VU193*, VF193*, VU195*, VF195*, VU211*, VF211*, VU212*, VF212*, VU225*, VF225*, VU411*, VF411*, VU421*, VF421*, VU641*, VF641*

Loading ...
Loading ...
Loading ...
20
Sila baca manual arahan dan arahan keselamatan dengan teliti
sebelum menggunakan perkakas dan simpan manual arahan
untuk rujukan. Untuk keselamatan anda, perkakas ini mematuhi
semua standard dan peraturan yang berkuat kuasa (Voltan Rendah,
Keserasian Elektromagnet, Terbitan Alam Sekitar, dsb.).
ARAHAN KESELAMATAN
Sebelum menggunakan, sentiasa periksa perkakas, plag dan kord kuasa berada dalam keadaan yang baik.
Peranti mestilah digunakan di bawah keadaan operasi yang biasa seperti yang ditetapkan dalam arahan ini.
Jangan sekali-kali benarkan air termasuk ke dalam perkakas.
Jangan sentuh perkakas dengan tangan yang basah.
Jangan sekali-kali memasukkan objek ke dalam perkakas (cth. jarum...).
Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan mereka tidak memasukkan jari mereka ke dalam grid
keselamatan.
Jika kord kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, jabatan selepas jualan-perkhidmatan jualan pengilang
atau orang yang mempunyai kelayakan yang sama, untuk mengelakkan bahaya.
Peranti anda mestilah dicabut sebelum sebarang penyenggaraan.
Untuk operasi penyenggaraan dan pelarasan, sila rujuk panduan pengguna yang diberikan bersama-sama
manual.
Perkakas ini tidak boleh digunakan oleh seseorang (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai kurang keupayaan
fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberikan
penyeliaan atau arahan mengenai penggunaan alatan tersebut oleh seseorang yang bertanggungjawab ke
atas keselamatan mereka. Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
Kemudahan elektrik bilik, serta pemasangan dan penggunaan perkakas mestilah mematuhi standard yang
berkuat kuasa di negara anda.
Jangan gunakan perkakas anda berhampiran dengan objek atau produk yang mudah terbakar. Secara
umumnya, anda hendaklah sentiasa letakkan perkakas sekurang-kurangnya 50 cm jauh dari sebarang objek
(dinding, langsir, aerosol, dsb.).
Jangan tarik kord kuasa atau perkakas, meskipun semasa mencabut plag dari soket dinding.
Peranti ini hanya sesuai untuk kegunaan di tempat tinggal sahaja. Dalam penggunaan profesional yang tidak
sesuai atau tidak selaras dengan arahan, pengeluar tidak bertanggungjawab dan jaminan tidak sah.
Sentiasa buka gulungan kord kuasa sepenuhnya sebelum menggunakannya.
Jangan gunakan perkakas di dalam bilik yang berhabuk atau di lokasi yang terdapat risiko kebakaran.
Perkakas ini tidak boleh digunakan di dalam persekitran yang lembap.
Waranti ini akan ditaksahkan jika kerosakan berlaku kerana penggunaan yang salah.
KIPAS INI DILENGKAPI DENGAN SISTEM ANTI-NYAMUK (VU/VF421X, VU/VF641X):
• Jangan kendalikan sistem ini ketika beroperasi.
Sesetengah bahagian sistem anti-nyamuk ini boleh mencapai suhu yang tinggi oleh itu sebelum
mengendalikannya, adalah dinasihatkan agar menghentikan dan mencabut alat perkakas dan
membiarkan sistem anti-nyamuk untuk sejuk.
Hanya gunakan jenis isian semula flask yang boleh didapati secara komersial (VU/VF421X, VU/VF641X)
yang sesuai dengan peresap elektrik.
Adalah penting untuk mematuhi saranan untuk menggunakan isian semula yang ditakrifkan oleh
pengilang (sesetengah produk yang digunakan oleh pengilang merbahaya kepada alam sekitar).
• Penggunaan bahan lain mungkin akan menyebabkan bahaya toksik atau risiko kebakaran.
• Jangan menggunakan system anti-nyamuk tanpa isian semula.
• Jangan gerakkan kipas dengan isian semula masih ada di dalam sistem (VU/VF421X, VU/VF641X).
PENTING: Jika anda tidak menggunakan alat, anda dinasihatkan agar mematikan alat dan mencabut plag.
Untuk alat dengan kawalan jauh, anda dinasihatkan untuk mengeluarkan bateri dari kawalan jauh sebelum
disimpan dalam tempoh yang lama.
MS
Loading ...
Loading ...
Loading ...