Loading ...
Loading ...
Loading ...
121
Untuk mengisi, membersih dan menyah kerah kerak alat
perkakas anda, sila rujuk pada arahan untuk penggunaan.
Untuk keselamatan anda, alat perkakas ini mematuhi semua undang-undang (Arahan Voltan Rendah, Kesesuaian
Elektomagnetik, Persekitaran, dsb).
Alat perkakas anda adalah alat perkakas elektrik: ia harus digunakan di bawah keadaan normal. Ia direka untuk kegunaan
domestik sahaja.
Sentiasa memasang palam perkakas anda:
- ke dalam litar utama dengan voltan antara 220 V dan 240 V,
- ke dalam soket elektrik bumi.
Penyambungan kepada voltan yang salah boleh menyebabkan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki dan akan
membatalkan jaminan anda. Jika anda menggunakan kepala kabel utama, pastikan ia ditanda (16A) dengan bumi, dan ia
boleh dipanjangkan.
Buka lilitan kod kuasa sepenuhnya sebelum memasang palam ke dalam soket yang dibumikan.
Plat asas alat perkakas anda boleh mencapai tahap suhu yang tinggi, dan ia boleh menyebabkan lecur: jangan sentuh. Jangan
sekali-kali menyentuh kabel kuasa elektrik dengan plat asas alat perkakas.
Alat perkakas anda mengeluarkan stim, yang boleh menyebabkan lecur. Sentiasa memegang seterika dengan berhati-hati,
terutama sekali apabila menseterika secara menegak. Jangan sekali-kali mengarah stim kepada manusia atau haiwan.
Jangan merendam alat perkakas anda dalam air atau sebarang cecair lain. Jangan letak ia di bawah air yang mengalir.
Plag harus dicabut daripada soket keluar sebelum tempat simpanan air diisi dengan air.
Cabut plag alat perkakas ketika mengisi dan membersih.
Berhati-hati ketika memasang produk & board untuk mengurangkan risiko.
Penggunaan alat tambah aksesori selain daripada yang disediakan oleh pengeluar tidak disyorkan dan mungkin
menyebabkan kebakaran, kejutan elektrik dan kecederaan diri.
Sebelum penggunaan pertama
Apabila anda pertama kali menggunakan seterika, sediki asap atau bau yang tidak memudaratkan mungkin dihasilkan atau
mungkin terdapat sedikit pengeluaran partikel. Ini tidak akan menjejaskan penggunaan seterika dan ia akan hilang dengan segera.
- Bukan untuk diminum
- Jauhi daripada kanak-kanak
- Buang dengan bahan buangan domestik
- Simpan di tempat yang sejuk dan kering
Apakah air yang boleh digunakan?
Seterika anda telah direka untuk menggunakan air paip. Tetapi, fungsi bersih sendiri harus dilakukan dengan kerap pada
ruangan stim untuk mengeluarkan kerak.
Jika air anda sangat keras, campurkan 50% air paip dengan 50% air botol yang dinyahgalian.
Jangan sekali-kali menggunakan air yang mengandungi bahan tambah (kanji, pewangi, bahan aromatik, pelembut, dsb.)
atau air pemeluwapan (contohnya, air daripada pengering pakaian, air daripada peti sejuk, air daripada unit penyaman udara,
air hujan). Air ini mengandungi bahan buangan organik atau mineral yang berkepekatan tinggi di bawah kesan haba dan
menyebabkan percikan, warna perang atau alat perkakas anda kelihatan lusuh.
SILA SIMPAN BUKU ARAHAN INI UNTUK
RUJUKAN MASA DEPAN
Perlindungan persekitaran dahulu!
i
Alat perkakas anda mempunyai bahan penting yang boleh digunakan atau kitar semula.
Tinggalkan di pusat pengumpulan bahan buangan sivik tempatan.
Loading ...
Loading ...
Loading ...