Philips HD4738/40 Rice Cooker

User Manual - Page 24

For HD4738/40.

PDF File Manual, 56 pages, Read Online | Download pdf file

HD4738/40 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...

Mod ini membolehkan anda menyimpan panas nasi anda untuk tempoh yang lebih panjang.
Apabila proses memasak selesai, periuk pemasak nasi akan beralih ke fungsi simpan panas secara
automatik. Lampu masak/lampu nasi akan padam dan lampu simpan panas menyala.
Anda dinasihati agar menghangatkan nasi tidak lebih daripada 12 jam untuk mengekalkan rasanya.
Lampu masak/lampu nasi kadangkala menyala untuk menunjukkan suhu dalam periuk pemasak nasi
telah menjadi terlalu rendah dan plat pemanasnya hidup untuk menghangatkan pemasak nasi pada
suhu simpan panas yang betul.
Untuk menamatkan mod simpan-panas, tarik ke atas tuil kawalan, matikan sesalur kuasa dan cabut
plag sesalur kuasa dari soket dinding.
Proses memasak bubur nasi tidak mempunyai mod simpan panas.

Cabutkan plag pemasak nasi sebelum anda membersihkannya.
Tunggu sehingga periuk pemasak nasi telah sejuk secukupnya sebelum membersihkannya.
Untuk melindungi salutan tidak lekat pada periuk, jangan:
- gunakan periuk dalam untuk membasuh pinggan;
- tuangkan cuka ke dalam periuk.
1 Angkat keluar dulang kukus dan periuk dalam dari perkakas.
2 Tarik tukup lohong wap ke atas untuk menanggalkannya dari tudung luarnya. (Gamb. 19)
3 Untuk mengeluarkan tukup bolong stim, pintal dan pusingkan untuk membuka
kuncii (Gamb. 20).
4 Untuk menyambungkan semula, tekan kedua-dua separuh bahagian pada bahagian masing-
masing dan pintal dan putar untuk mengunci.
5 Untuk mengembalikan tukup bolong stim pada lubang bolong tudung luar, masukkannya ke
dalam lubang dan tekannya ke bawah dengan kukuh. (Gamb. 21)
6 Bersihkan periuk dalam, dulang kukus, senduk nasi dan tukup bolong stim dengan span atau
kain di dalam air panas dengan sedikit cecair pencuci.
Jangan gunakan agen pembersih yang melelas, kain penyental atau alatan logam untuk
membersihkan periuk dalam, kerana ini akan merosakkan penyalutan tidak melekat periuk dalam.
7 Gunakan hanya kain yang lembap untuk mengesat permukaan luar dan dalam jasad utama
periuk pemasak nasi.
Jangan sekali-kali tenggelamkan jasad periuk pemasak nasi di dalam air, atau membilasnya di bawah
pili air. Kesat plat pemanas dengan kain kering.

- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan berbuat sedemikian anda membantu memelihara
alam sekitar (Gamb. 22).

Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda mengalami masalah, sila lawati
tapak web Philips di www.philips.com atau hubungi Pusat Layanan pelanggan Philips di negara anda
(anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat
Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan.
24
Loading ...
Loading ...
Loading ...