Loading ...
Loading ...
Loading ...
18

Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.

Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpannya untuk
rujukan masa depan.

- Jangan sekali-kali tenggelamkan unit motor ke dalam air atau apa-apa cecair lain, atau
membilaskannya di bawah paip.

- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Jangan gunakan perkakas jika kord utama, plag atau bahagian lain sudah rosak.
- Jika kord sesalur rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh Philips
atau pihak yang telah diluluskan bagi mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini bukan dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang
kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak kecil harus diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas itu.
- Jangan sekali-kali biarkan perkakas beroperasi tanpa diawasi.
- Jika anda mengesan keretakan di dalam penapisnya atau penapisnya rosak dengan apa cara pun,
jangan gunakan perkakas lagi dan hubungi pusat servis Philips yang terdekat.
- Jangan sekali-kali mencapai ke dalam tiub suapan dengan jari anda atau dengan sesuatu objek
semasa perkakas sedang berjalan. Hanya gunakan penolaknya untuk tujuan ini.
- Jangan sentuh mata pisau semasa anda membersihkannya. Mereka sangat tajam.
- Aras hingar: Lc =74 dB [A]

- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di rumah sahaja.
- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian dari pengilang lain atau yang
tidak disarankan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian yang
sedemikian, jaminan anda akan dibatalkan.
- Pastikan semua bahagian dipasang dengan betul sebelum anda menghidupkan perkakas.
- Gunakan perkakas hanya apabila kedua-dua pengapit terkunci.
- Hanya buka kunci pengapit selepas anda telah mematikan perkakas dan penuras telah berhenti
berputar.
- Jangan tanggalkan bekas pulpa apabila perkakas sedang berjalan.
- Jangan biarkan perkakas hidup melebihi 2 minit tanpa henti. Jika anda belum selesai membuat jus,
biarkan perkakas menyejuk selama 2 minit sebelum menghidupkannya semula.
- Cabutkan plag perkakas setiap kali selepas digunakan.

Perkakas Philips ini mematuhi semua piawai yang berhubung dengan medan elektromagnet (EMF).
Jika dikendalikan dengan betul dan mematuhi arahan dalam manual pengguna ini, perkakas selamat
untuk digunakan menurut bukti saintik yang boleh didapati pada masa ini.

Loading ...
Loading ...
Loading ...