Loading ...
Loading ...
Loading ...
Untuk keselamatan anda
Alat ini memenuhi peraturan teknikal dan piawaian untuk keselamatan yang berkuat kuasa sekarang (Kesesuaian
E
lektromagnetik, Voltan Rendah, Sekitaran)
• Sila baca arahan dengan hati-hati dan simpan untuk rujukan di masa depan.
• Peralatan ini bukan untuk digunakan oleh mereka (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai kurang keupayaan
s
ensori atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka diawasi atau telah diberi
arahan tentang penggunaan peralatan oleh seseorang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
• Kanak-kanak mestilah diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan peralatan ini.
A
maran! Voltan pemasangan elektrik anda mestilah bersesuaian dengan seterika (220V-240V).
Menyambungnya kepada voltan yang salah mungkin boleh menyebabkan kerosakan yang tidak boleh
dibaiki kepada seterika dan akan membatalkan jaminan.
• Seterika ini mesti sentiasa disambung kepada soket terbumi. Jika menggunakan wayar sambungan, pastikan ia
pada kadar yang betul (13A), dengan sambungan bumi
• Jika kord elektrik rosak, ia mesti segera diganti oleh Pusat Perkhidmatan Yang Diluluskan untuk mengelakkan
bahaya.
• Peralatan ini tidak boleh digunakan jika ia telah terjatuh, jika ia ada kerosakan yang ketara, jika ia bocor atau
tidak berfungsi dengan betul. Jangan membuka peralatan anda: ia harus diperiksa di Pusat Perkhidmatan Yang
Diluluskan, untuk mengelak dari sebarang bahaya.
• Jangan masukkan seterika anda ke dalam air!
• Jangan mencabut plag peralatan anda dengan menarik kord. Selalu buka plag peralatan anda sebelum
mengisi atau membilas tangki air, sebelum membersihkannya, selepas setiap kali ia digunakan.
• Jangan biarkan peralatan tidak diawasi jika ia masih bersambung kepada sumber kuasa atau jika ia belum sejuk
untuk selama kira-kira 1 jam.
• Peralatan anda mengeluarkan wap yang boleh menyebabkan kelecuran. Anda harus berhati-hati terutama
sekali ketika anda menggosok hampir di hujung atau di sudut papan menggosok anda. Jangan gunakan wap
secara langsung terhadap orang atau binatang.
• Seterika anda mesti digunakan dan diletakkan di atas permukaan yang rata, stabil dan tahan haba. Apabila
anda meletakkan seterika anda di tempat rehatnya, pastikan permukaan yang anda letakkan adalah stabil.
• Produk ini telah direka untuk kegunaan domestik saja. Sebarang penggunaan komersial yang tidak bersesuaian
atau kegagalan untuk mematuhi arahan, pihak pengeluar tidak akan dipertanggungjawabkan dan jaminannya
tidak akan dikenakan.
Air apa yang harus digunakan?
Peralatan anda telah direka untuk berfungsi menggunakan air paip yang tidak diolah. Namun, adalah penting
untuk menggunakan fungsi Bersih-diri dengan kerap untuk membuang mendapan air dari ruang wap.
Jika air anda keras, (periksa dengan pihak berkuasa air tempatan anda), ia boleh dicampur dengan air paip yang
tidak diolah bersama air suling yang dibeli dari kedai atau air yang dibuang bahan galian dalam ukuran berikut:
- 50% air paip yang tidak diolah, - 50% air suling atau air tanpa bahan galian.
Jenis air yang tidak boleh digunakan?
Haba menumpukan elemen-elemen yang terkandung dalam air semasa proses penyejatan. Jenis-jenis air yang
tersenarai di bawah mengandungi buangan organik atau elemen-elemen galian yang boleh menyebabkan
peralatan anda tersendat, tanda berwarna coklat, atau haus lusuh peralatan sebelum masanya : air dari mesin
pengering pakaian, air yang ada haruman atau air lembut, air dari peti sejuk, bateri atau hawa dingin, air yang
disuling asli atau air yang dibuang galian atau air hujan tidak boleh digunakan dalam seterika Tefal anda. Anda
juga tidak boleh menggunakan air yang dimasak, disaring atau yang telah dibotolkan.
Sekitaran
Perlindungan sekitaran diutamakan!
i Peralatan anda mengandungi bahan-bahan berharga yang boleh diambil balik atau dikitar semula
Tinggalkannya di pusat pungutan sampah sivik tempatan.
42
"!#$:%+)
Loading ...
Loading ...