Tefal BL536160 Evidence

User Manual - Page 58

For BL536160.

PDF File Manual, 76 pages, Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
55
Arahan keselamatan
Baca manual dengan teliti sebelum menggunakan pengisar untuk pertama kali, dan ikut arahan
penggunaan dengan teliti. Menggunakan alat tanpa mengikut arahan akan melepaskan pengilang
daripada semua tanggungjawab.
Pastikan voltan pengisar sepadan dengan salur utama anda.
Sebelum menggunakan peralatan anda untuk kali pertama, sila baca arahan ini dengan teliti dan
patuhinya dengan betul. Pengilang tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penyalahgunaan atau
kegagalan untuk mematuhi arahan ini.
Produk ini telah direkabentuk untuk penggunaan domestik sahaja. Pengilang tidak bertanggungjawab
dan jaminan tidak boleh diguna pakai sekiranya peralatan digunakan bagi sebarang penggunaan
komersil, penggunaan yang tidak betul atau kegagalan untuk mematuhi arahan ini.
Peralatan ini bukan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai kurang
keupayaan fizikal, deria atau mental atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan, melainkan
mereka telah diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan peralatan ini oleh orang yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka. Kanak-kanak hendaklah diawasi supaya mereka tidak
bermain dengan peralatan ini.
Peralatan ini mematuhi peraturan dan piawaian teknikal yang berkuat kuasa.
Sentiasa cabut plag peralatan daripada salur kuasa utama jika ia dibiarkan begitu sahaja dan sebelum
memasang/mengeluarkan aksesori atau membersihkannya. Jangan cabut plag peralatan anda
dengan menarik kord kuasa.
Guna pengisar anda pada permukaan kerja yang stabil, tahan haba, bersih dan kering.
Jangan letak jari-jari anda atau sebarang objek lain ke dalam pengisar apabila peralatan itu sedang
berfungsi.
Berhati-hati semasa mengendalikan mata pisau kerana ia sangat tajam dan ia boleh melukakan anda.
Jangan letakkan alat, wayar kuasa atau palam dalam air atau sebarang cecair lain.
Kadar kuasa yang ditunjukkan dicapai menggunakan aksesori pengisar mini (J).
Jangan biarkan kord kuasa berada dalam jangkauan kanak-kanak, berhampiran atau bersentuhan
dengan bahagian-bahagian panas peralatan anda, berhampiran dengan sumber haba atau pinggir
yang tajam, atau bersentuhan dengan mata pisau.
Jangan guna pengisar atau aksesorinya tanpa bahan dan jangan tuang cecair panas yang mendidih
ke dalamnya.
Jangan letakkan bekas atau aksesorinya dalam ketuhar gelombang mikro.
Jangan biarkan rambut panjang, tudung kepala, tali leher dll. tergantung di atas balang pengisar atau
aksesori apabila ia sedang berfungsi.
Jangan gunakan pengisar anda jika ia tidak berfungsi dengan betul, jika ia telah kemik atau jika palam
atau wayarnya telah rosak. Jika wayar kuasa telah rosak, ia perlu digantikan oleh pengilang, pusat
Penerangan mengenai mesin pengisar
A
B
C
D
E
F
G
H
Penutup pengukur
Penutup
Bekas (1,25L)
Sudu
Sambungan pengedap
Unit pisau
Pemegang sudu
Unit motor
I
J
K
Butang elektronik: 5 kelajuan, fungsi
kekacang dan fungsi menghancurkan ais
Pengisar mini (mengikut model)
J1 - penutup
J2 - bekas
Pengisar rempah (mengikut model)
K1 - penutup
K2 - bekas
MAL
Loading ...
Loading ...
Loading ...