Tefal IS8340E1 Instant control

User Manual - Page 47

For IS8340E1.

PDF File Manual, 107 pages, Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
46
• Semasa beroperasi, hos mungkin mengeluarkan bunyi deguk-deguk. Hal ini adalah normal dan
adalah disebabkan oleh pemeluwapan air. Jika perkakas mula berdeguk, rehatkan kepala alat stim
pada sokongan untuk beberapa ketika untuk menyalurkan pemeluwapan ke dalam perkakas semula.
• Semasa digunakan, titisan air mungkin akan terbentuk pada tiang teleskopik. Hal ini adalah normal
dan adalah disebabkan oleh pemeluwapan air.
Penyelarasan stim*
Perkakas anda mempunyai antara 2 hingga 5 penyelarasan stim yang boleh disetkan berdasarkan jenis
fabrik yang distimkan, daripada kain halus kepada yang tebal.
• Model-model dengan 2 jenis penyelarasan: setkan dengan menekan butang penyelarasan stim pada
panel kawalan perkakas secara berturut-turut.
• Model-model dengan 3 jenis penyelarasan: setkan dengan menekan butang penyelarasan stim pada
panel kawalan perkakas.
• Model-model dengan 4 atau 5 jenis penyelarasan: setkan dengan menekan butang "SET" pada pemegang
stim perkakas secara berturut-turut. Lampu penunjuk akan menunjukkan aras stim yang dipilih.
Pengesan tangki kosong*
Perkakas ini dilengkapi dengan pengesan tangki kosong. Jika tangki air sudah kosong, lampu penunjuk
pada panel kawalan perkakas akan berkelip-kelip untuk memberitahu bahawa tangki air mesti diisikan.
Tutup perkakas dan isikan tangki air.
Auto off elektronik
Perkakas anda dilengkapi dengan sistem "auto-off" yang akan mengaktifkan mod "standby" sekiranya
tangki air telah kosong selama lebih daripada 10 minit.
• Penunjuk "auto off" pada panel kawalan akan berkelip-kelip secara perlahan-lahan untuk menunjukkan
bahawa perkakas berada dalam mod "standby".
• Untuk menghidupkan perkakas semula: isikan tangki air dan pilih aras stim yang dikehendaki pada
panel kawalan perkakas atau pemegang stim (mengikut model).
Tip-tip untuk menggunakan alat penstim pakaian dengan lebih baik
• Kami mencadangkan bahawa label penjagaan pakaian diperiksa supaya cadangan
pengeluar diketahui sebelum proses penstiman dimulakan. Kami juga mengesyorkan
supaya anda terlebih dahulu menguji pakaian dan kekuatan warna pada bahagian-
bahagian pakaian yang tidak dapat dilihat seperti jahitan dalaman.
• Butangkan kolar baju untuk mengelakkan daripada tergelincir daripada penyangkut
semasa penstiman.
Tekan berus alat stim pada kain secara perlahan-lahan.
• Jangan biarkan kepala alat stim bersentuhan dengan kain sutera atau baldu.
• Sesetengah pakaian lebih senang dilicinkan jika diterbalikkan.
• Kain yang lebih tebal mungkin perlu distimkan untuk jangka masa yang lebih panjang.
• Jika anda menggunakan kepala alat stim pada kedudukan yang rapat dengan bumi,
naikkan hos dengan kerap untuk mengelakkan pembentukan pemeluwapan. Bunyi
degukan boleh kedengaran jika paip fleksibel dicubit.
• Jika tiada stim dihasilkan, jika bunyi degukan kedengaran atau jika air menitis melalui
lubang-lubang kepala alat stim, naikkan hos stim dengan segera untuk mengeluarkan
pemeluwapan dalaman.
WARNA CERAH KELUARAN STIM
Oren Mini
Hijau Maxi
* Mengikut model
1800133082-03 IS8300 _110x154 24/11/14 11:34 Page46
Loading ...
Loading ...
Loading ...