Philips MG1100/16 Ultraprecise Beard Styler

User Manual - Page 26

For MG1100/16.

PDF File Manual, 84 pages, Read Online | Download pdf file

MG1100/16 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
26
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk
mendapat manfaat sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh
Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/welcome.
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan
perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa depan.
Amaran
- Perkakas ini bukan bertujuan untuk kegunaan oleh orang yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman
dan pengetahuan, kecuali mereka dipantau atau diberi arahan
berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang bertanggungjawab
atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
Awas
- Periksa perkakas setiap kali anda hendak menggunakannya. Jangan
gunakan perkakas jika mana-mana bahagiannya rosak, kerana ini boleh
menyebabkan kecederaan.
- Hanya gunakan perkakas ini untuk tujuan dimaksudkan seperti
ditunjukkan dalam manual pengguna.
- Jika perkakas didedahkan kepada perubahan besar dalam suhu, tekanan
atau kelembapan, biarkan ia menyesuai iklim selama 30 minit sebelum
anda menggunakannya.
- Atas sebab-sebab kebersihan, perkakas ini hendaklah hanya digunakan
oleh seorang sahaja.
- Berhati-hati apabila menggunakan air panas untuk membersihkan
perkakas. Sentiasa periksa jika air tidak terlalu panas, untuk mengelakkan
tangan anda daripada melecur.
- Jangan sekali-kali gunakan udara termampat, pad penyental, agen
pembersih yang melelas atau cecair yang agresif seperti alkohol atau
aseton untuk membersihkan perkakas.
- Kendalikan perkakas menggunakan hanya satu bateri tidak boleh cas
semula 1.5V R6 AA.
- Guna dan simpan perkakas pada suhu antara 15°C dan 35°C.
- Jangan dedahkan perkakas kepada cahaya matahari langsung.
- Keluarkan bateri daripada perkakas ini jika anda tidak akan
menggunakannya dalam tempoh yang panjang.
- Aras hingar maksimum: Lc= 75 dB(A).
Pematuhan standard
- Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan
dengan pendedahan kepada medan elektromagnet.
- Perkakas ini mematuhi peraturan keselamatan IEC yang diluluskan
antarabangsa dan boleh dibersihkan di bawah paip dengan selamat.
BAHASA MELAYU
Loading ...
Loading ...
Loading ...