Loading ...
Loading ...
Loading ...
34
Pembersihan dan penyelarasan tidak boleh
dijalankan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
Perkakas ini tidak boleh digunakan jika terjatuh atas
lantai, rosak, terbocor atau gagal berfungsi dengan
betul. Jangan buka perkakas. Untuk mengelakkan
bahaya, sila hantar ke pusat perkhidmatan yang
diluluskan.
CADANGAN PENTING
Produk ini telah direka untuk kegunaan domestik di dalam rumah sahaja.
Bagi sebarang penggunaan komersial, penggunaan yang tidak sesuai
atau penggunaan yang tidak mematuhi arahan, pengilang tidak akan
bertanggungjawab dan jaminan tidak akan diberikan.
Perkakas ini khas untuk digunakan di atas lantai, jangan naikkan daripada
lantai semasa digunakan.
Sentiasa pastikan hos dan muncung berada di atas tangki air.
Untuk keselamatan anda, perkakas ini mematuhi piawaian dan peraturan-
peraturan yang sepatutnya (Voltan Rendah, Keserasian Elektromagnetik dan
Arahan Alam Sekitar).
Permukaan-permukaan yang mempunyai tanda ini atau permukaan-
permukaan yang berhampiran akan menjadi sangat panas semasa perkakas
digunakan. Jangan sentuh permukaan-permukaan ini sebelum perkakas
menyejuk.
Untuk mengurangkan risiko tersentuh air atau stim panas daripada bolong
stim, periksa perkakas sebelum digunakan dengan memegang perkakas
berjauhan daripada badan anda dan kemudian menghidupkan perkakas
terserbut.
Stimkan pakaian dengan menggerakkan alat stim ke atas dan ke bawah
secara menegak. Jangan menggunakan alat stim dalam kedudukan
mendatar atau terbalik, ini boleh menyebabkan pelepasan air panas.
Untuk mengurangkan risiko kejutan elektrik, jangan rendamkan perkakas
dalam air atau cecair lain.
Perkakas hendaklah sentiasa ditutup sebelum memasang atau mencabut
plag dari soket. Jangan sekali-kali tarik kabel untuk memutuskan sambungan
daripada soket, tetapi memegang dan kemudian cabut plag untuk
memutuskannya.
Biarkan perkakas menyejuk dengan sepenuhnya sebelum disimpan.
Loading ...
Loading ...
Loading ...