Philips RQ1141/17 Wet And Dry Electric Shaver

User Manual - Page 97

For RQ1141/17.

PDF File Manual, 250 pages, Read Online | Download pdf file

RQ1141/17 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
97
Amaran
- Penyesuai mengandungi pengubah. Jangan potong penyesuai untuk
menggantinya dengan plag yang lain, kerana ini akan mengakibatkan
keadaan berbahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau
kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali mereka telah diberi
pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan pencukur dan Sistem Pembersih Jet.
- Berhati-hati apabila menggunakan air panas untuk membersihkan
perkakas. Anda hendaklah memastikan bahawa air tidak terlalu panas,
untuk mengelakkan tangan anda daripada melecur.
Awas
- Jangan sekali-kali merendam Sistem Pembersih Jet dan pengecasnya di
dalam air ataupun membilasnya di bawah paip.
- Perkakas dan aksesorinya tidak kalis mesin basuh pinggan.
- Anda hendaklah memastikan bahawa perkakas diletakkan dan
digunakan di atas permukaan yang tahan cecair.
- Guna, cas dan simpan pencukur pada suhu di antara 5°C dan 35°C.
- Hanya gunakan aksesori yang dibekalkan dengan pencukur ini atau yang
telah dibangunkan khusus untuk pencukur ini.
- Jika penyesuai atau sebarang aksesori lain rosak, pastikan bahawa anda
menggantinya dengan jenis yang asli bagi mengelakkan bahaya.
- Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan selamat
yang tidak melebihi 24 volt.
- Jangan gunakan perkakas dan aksesorinya jika ia rosak.
- Air mungkin bocor keluar daripada soket di bahagian bawah pencukur
ketika anda membilasnya. Ini adalah normal dan tidak merbahaya kerana
semua bahagian elektronik dilindungi di dalam unit kuasa yang kedap di
dalam pencukur.
Sistem Pembersih Jet (jenis tertentu sahaja)
Awas
- Hanya gunakan Sistem Pembersih Jet dengan cecair pembersih HQ200
yang asli.
- Anda hendaklah memastikan bahawa Sistem Pembersih Jet diletakkan
dan digunakan di atas permukaan yang stabil, rata dan di atas
permukaan mendatar yang tahan cecair untuk mengelakkan kebocoran.
- Jangan sekali-kali merendam Sistem Pembersih Jet di dalam air.
- Kosongkan dan bersihkan ruang pembersihan dengan menyeluruh
dengan membilasnya dengan air paip yang panas setiap 15 hari.
- Sistem Pembersih Jet membersih dengan menyeluruh tetapi tidak akan
menyahkuman pencukur anda, oleh itu jangan kongsi pencukur anda
dengan orang lain.
- Ruang pembersihan Sistem Pembersih Jet tidak kalis mesin basuh
pinggan.
- Apabila Sistem Pembersih Jet telah sedia untuk digunakan, jangan
alihkannya untuk mengelakkan kebocoran cecair pembersih.
BAHASA MELAYU 97
Loading ...
Loading ...
Loading ...