Philips HD4733/30 Rice Cooker

User Manual - Page 20

For HD4733/30.

PDF File Manual, 56 pages, Read Online | Download pdf file

HD4733/30 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
20

Tahniah atas pembelian anda, dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.

Dulang stim
Penunjuk paras air
Periuk dalam
Bolong stim
Suis pemilihan fungsi (HD4738/HD4733 sahaja)
Tuil pelepas
Lampu nasi (HD4738/HD4733 sahaja)
Lampu panas (HD4738/HD4733 sahaja)
Lampu bubur (HD4738/HD4733 sahaja)
Tuil kawalan
Lampu masak (HD4728/HD4723 sahaja)
Lampu panas (HD4728/HD4723 sahaja)
Senduk nasi
Cawan penyukat
Tudung
Tukup bolong stim boleh tanggal
Pemegang pemasak nasi
Pemegang senduk
Jasad utama
Elemen pemanasan
Sambungan kord utama

Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan untuk
rujukan masa depan.

- Jangan tenggelamkan perumah pemasak nasi di dalam air atau membilasnya di bawah pili air.

- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada perkakas sepadan dengan voltan sesalur kuasa
setempat sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding terbumi. Sentiasa pastikan plag dimasukkan
dengan rapi ke dalam soket.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau perkakas itu sendiri rosak.
- Jika kord sesalur kuasa rosak, ia mesti diganti oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan oleh
Philips atau pihak yang mempunyai kelayakan yang serupa bagi mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang yang
bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
- Jauhkan kord sesalur kuasa dari capaian kanak-kanak. Jangan biarkan kord sesalur kuasa
tergantung melepasi pinggir meja atau permukaan tempat kerja di mana perkakas berada.
- Pastikan elemen pemanasan, suis magnet dan bahagian luar periuk dalam bersih dan kering
sebelum anda memasukkan plag ke dalam soket dinding.

Loading ...
Loading ...
Loading ...