Philips GC6730/36 Steam Generator Iron

User Manual - Page 19

For GC6730/36.

PDF File Manual, 42 pages, Read Online | Download pdf file

GC6730/36 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
21
Bahasa Melayu
1 Isi separuh tangki air (Raj. 12).
Nota: Pastikan palam perkakas dimasukkan dan perkakas DIHIDUPKAN sewaktu proses
Pembersihan Kerak.
2 Letakkan bekas Pembersihan Kerak pada papan seterika atau lain-lain permukaan yang stabil dan
rata (Raj. 13).
3 Letakkan seterika dengan stabil pada bekas Pembersihan Kerak (Raj. 14).
4 Tekan dan tahan butang CALC-CLEAN selama 2 saat sehingga anda mendengar bunyi bip singkat
(Raj. 15).
Nota: Bekas Pembersihan Kerak telah direka bentuk untuk mengumpulkan partikel kerak dan
air panas sewaktu proses Pembersihan Kerak. Anda boleh meletakkan seterika pada bekas ini
sewaktu proses tersebut kerana ini selamat.
5 Sewaktu proses Pembersihan Kerak, anda akan mendengar bunyi bip singkat dan bunyi pam (Raj.
16).
6 Tunggu lebih kurang 2 minit untuk perkakas melengkapkan proses tersebut (Raj. 17). Apabila proses
Pembersihan Kerak selesai, seterika akan berhenti berbunyi bip dan lampu CALC-CLEAN akan
berhenti bernyala.
7 Lap seterika dengan kain dan letakkannya kembali di stesen pangkalan (Raj. 18).
Awas: Seterika panas.
8 Apabila bekas Pembersihan Kerak menjadi panas sewaktu proses Pembersihan Kerak, tunggu kira-
kira 5 minit sebelum anda menyentuhnya. Kemudian, bawa bekas Pembersihan Kerak ke singki,
kosongkannya dan simpan untuk penggunaan masa hadapan (Raj. 19).
9 Jika perlu, anda boleh mengulangi langkah 1 hingga 8. Pastikan anda mengosongkan bekas
Pembersihan Kerak sebelum memulakan proses Pembersihan Kerak.
Nota: Sewaktu proses Pembersihan Kerak, air yang bersih mungkin keluar dari plat tapak jika tiada
kerak yang terkumpul di dalam seterika. Ini perkara biasa.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melakukan proses Pembersihan Kerak, rujuk video
dalam pautan ini: http://www.philips.com/descaling-iron.
Membersihkan plat tapak
Untuk menyelenggarakan perkakas anda dengan betul, bersihkan perkakas dengan kerap.
1 Bersihkan perkakas dengan kain lembap.
2 Untuk menghilangkan kotoran dengan mudah dan berkesan, biarkan plat tapak menjadi panas dan
gerakkan seterika pada kain lembap (Raj. 20).
Petua: Bersihkan plat tapak dengan kerap untuk memastikan peluncuran yang licin.
Penyimpanan
1 Matikan perkakas dan cabut plagnya.
2 Tuangkan air keluar dari tangki air ke dalam sink (Raj. 21).
3 Lipat kord sesalur kuasa dan hos bekalan air bersama-sama. Simpan di dalam ruang penyimpanan
(Raj. 22).
4 Untuk siri GC6730 sahaja: tekan butang pelepas kunci pembawa untuk membuka kunci seterika
pada platform seterika (Raj. 23). Anda boleh membawa seterika menggunakan pemegang seterika
apabila dikunci pada platform seterika (Raj. 24).
Loading ...
Loading ...
Loading ...