Loading ...
Loading ...
Loading ...
25BAHASA MELAYU
Penting
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di www.philips.com/
welcome.
Baca manual pengguna ini, risalah maklumat penting dan panduan permulaan ringkas pada bungkusan
dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas. Simpannya untuk rujukan masa depan.
Gambaran keseluruhan produk (Gamb. 1)
1 Butang ECO dengan lampu
2 Butang hidup/mati dengan lampu hidup kuasa
3 Lampu EASY DE-CALC
4 Tombol EASY DE-CALC
5 Ruang penyimpanan hos stim
6 Butang pelepas kunci pembawa (jenis tertentu saja)
7 Pencetus stim/Rangsangan stim (jenis tertentu sahaja)
8 Lampu seterika sedia/Lampu tangki air kosong
Teknologi OptimalTEMP
Tiada tetapan suhu dan stim diperlukan.
Teknologi OptimalTEMP membolehkan anda menyeterika pelbagai jenis fabrik yang boleh diseterika,
dengan apa saja cara, tanpa perlu melaras suhu atau tetapan stim.
Fabrik dengan simbol ini boleh diseterika, seperti linen, kapas, poliester, sutera, sakhlat, viskos dan
rayon (Gamb. 2).
Fabrik dengan simbol ini tidak boleh diseterika. Fabrik ini termasuk fabrik sintetik seperti Spandex
atau elastan, fabrik campuran Spandex dan poliolen (seperti polipropilena), tetapi juga corak pada
pakaian (Gamb. 3).
Jenis air untuk digunakan
Perkakas ini telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Jika anda tinggal di kawasan dengan
air terlalu keras, pembentukan karat yang cepat mungkin berlaku. Maka, anda disyorkan untuk
menggunakan air suling atau air tanpa mineral untuk memanjangkan hayat perkakas.
Jangan letakkan minyak wangi, cuka, kanji, agen penanggal kerak, pembantu penyeterikaan atau
bahan kimia lain dalam tangki air perkakas, kerana perkakas anda tidak direka bentuk untuk
berfungsi dengan bahan kimia ini.
Penyeterikaan
Sila baca panduan permulaan ringkas pada pembungkusan dengan teliti untuk mula
menggunakan perkakas anda.
Nota: Pastikan pencetus stim ditekan secara berterusan apabila anda menggerakkan seterika di atas
fabrik semasa menyeterika .
Fungsi pancutan stim (jenis tertentu sahaja)
Tekan pencetus stim dua kali dengan cepat untuk output stim yang banyak dan berterusan semasa
tempoh 13 minit. Oleh itu, anda tidak perlu menekan pencetus stim secara berterusan dan ini
memberikan pengalaman penyeterikaan yang lebih selesa.
Loading ...
Loading ...
Loading ...