Bosch MMBM7G4MGB Mini blender VitaStyle Mixx2Go 350 W Stainless steel

User Manual - Page 10

For MMBM7G4MGB.

PDF File Manual, 46 pages, Read Online | Download pdf file

MMBM7G4MGB photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
10
ms Pengendalian mengikut peraturan
Pengendalian mengikut peraturan
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan!
Sertakan arahan ini semasa penyerahan alat.
Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan perkakas dengan
betul akan mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan yang
berlaku. Mesin ini hanya sesuai untuk pengunaan persendirian rumah
tangga dan di sekitar rumah. Penggunaan perkakas untuk
memproses kuantiti makanan yang biasa untuk kegunaan domestik.
Perkakas ini sesuai untuk campur makanan cecair atau separa
pepejal, untuk kisar / cincang buah dan sayur mentah, untuk
memurikan makanan dan untuk kisar makanan beku (contohnya
buah) atau kiub ais. Perkakas ini tidak boleh digunakan untuk
memproses objek atau bahan yang lain.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan kekurangan
keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan pengalaman
dan/atau pengetahuan dibawah selian atau telah dilatih mengikut
keselamatan pengendalian peralatan ini dan memahami kesan
bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain dengan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau
menyelenggara perkakas ini.
Arahan keselamatan
W Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik dan
ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut. Sambung dan
kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi pada plat kadaran.
Hanya kendalikan sekiranya tiada tanda kerosakkan pada perkakas
dan kord kuasa. Pembaikan pada peralatan, seperti menukar kabel
bekalan kuasa, hanya boleh dilakukan oleh khidmat pelanggan kami
bagi mengelakkan bahaya. Jangan biarkan kord kuasa bersentuhan
dengan bahagian panas atau menariknya di atas bahagian sisi yang
tajam. Jangan letak perkakas dan bahagiannya di atas atau
berdekatan dengan permukaan panas, seperti plat panas.
Jangan sesekali merendam unit asas ke dalam air atau mesin basuh
pinggan mangkuk. Jangan gunakan pembersih wap. Jangan
kendalikan perkakas dengan tangan yang basah. Peralatan ini
mestilah sentiasa dipisahkan dari punca kuasa selepas setiap
penggunaan, ketika tanpa penyeliaan, sebelum pemasangan,
penanggalan atau pembersihan dan kerosakan.
Loading ...
Loading ...
Loading ...