Tefal FS4530T0 Easy spray

User Manual - Page 46

For FS4530T0.

PDF File Manual, 67 pages, Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
46
UNTUK KESELAMATAN ANDA
Alat ini mematuhi peraturan dan standard teknikal untuk keselamatan yang berkuatkuasa pada
ketika ini (Keserasian Elektromagnetik, Voltan Rendah, Persekitaran).
Sila baca arahan-arahan ini dengan teliti dan simpannya untuk rujukan di kemudian hari.
• Alat ini tidak seharusnya digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
keupayaan fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman atau pengetahuan, kecuali
mereka telah diberikan pengawasan atau arahan mengenai penggunaan alat ini oleh orang
yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka. Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk
memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.
Amaran! Voltan pemasangan elektrik anda mestilah sepadan dengan seterika (220V
240V). Menyambungkan kepada voltan yang salah boleh menyebabkan kerosakan
kepada seterika dan akan membatalkan jaminan.
• Seterika ini hendaklah sentiasa dipasang kepada soket bumi. Jika menggunakan sambungan
daripada soket utama, pastikan sumber elektrik adalah pada kadar yang betul (10A), dengan
sambungan bumi.
• Jika kord elektrik rosak, ia mesti diganti dengan segera oleh Pusat Perkhidmatan yang
Diluluskan untuk mengelakkan bahaya.
• Alat ini tidak harus digunakan jika ia telah jatuh, jika ia mempunyai kerosakan, jika ia bocor
atau dalam keadaan yang luar biasa. Jangan sesekali menanggalkan alat anda: bawanya untuk
diperiksa oleh Pusat Perkhidmatan yang Diluluskan, agar dapat mengelakkan sebarang bahaya.
• Jangan sesekali merendamkan seterika anda dalam air!
• Jangan sesekali menggunakan fungsi semburan apabila blok semburan tidak dimasukkan
dengan betul ke dalam seterika.
• Jangan mencabut palam alat anda dengan menarik kord. Sentiasa mencabut palam alat
anda: sebelum membersihkannya, selepas setiap penggunaan.
• Jangan sesekali meninggalkan alat anda tanpa pengawasan semasa ia bersambung dengan
sumber elektrik atau jika ia belum sejuk untuk sekurang-kurangnya 1 jam.
• Tapak logam seterika anda boleh mencapai suhu yang tinggi. Jangan sentuh bahagian logam
alat ini semasa menggunakannya kerana ia boleh menjadi amat panas. Berhati-hati apabila
anda menyeterika hampir dengan sisi atau di penjuru papan seterika anda. Jangan
menyeterika baju di badan anda.
• Seterika anda hendaklah digunakan dan diletakkan di atas permukaan yang rata, stabil dan
kalis haba. Apabila anda meletakkan seterika anda di atas palang peletak seterika, pastikan
permukaan palang tersebut stabil.
• Produk ini telah direka untuk kegunaan domestik sahaja. Pengilang tidak bertanggungjawab
dan jaminan adalah tidak terpakai bagi sebarang penggunaan komersial, penggunaan yang
tidak wajar atau kegagalan untuk mematuhi arahan.
KETERANGAN
1 Penunjuk seting suhu 6 Blok Semburan
2 Lampu penunjuk termostat 7 Pam semburan
3 Kord elektrik 8 Tangki Air
4 Pangkal mengemas kord 9 Butang Keluar Blok Semburan
5 Tapak logam
9100013389 FS45XX_110x154 23/05/13 12:33 Page46
Loading ...
Loading ...
Loading ...