Philips GC6704/36 Steam Generator Iron

User Manual - Page 16

For GC6704/36.

PDF File Manual, 42 pages, Read Online | Download pdf file

GC6704/36 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
18
Bahasa Melayu
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapat manfaat
sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di
www.philips.com/welcome.
Baca manual pengguna ini, risalah maklumat penting dan panduan permulaan ringkas dengan teliti
sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan untuk rujukan masa hadapan.
Gambaran keseluruhan produk (Raj. 1)
1 Plat tapak
2 Lampu ‘seterika sedia’
3 Butang CALC-CLEAN dengan lampu
4 Picu stim/Penggalak stim
5 Tombol suhu
6 Hos bekalan air
7 Tumit
8 Penutup isian tangki air
9 Butang pelepas kunci pembawa (siri GC6730 sahaja)
10 Platform seterika
11 Suis hidup/mati
12 Kord sesalur kuasa dengan plag
13 Ruang penyimpanan hos bekalan air dan kord sesalur kuasa
14 Bekas Sistem Pembersihan Kerak
Teknologi eksklusif daripada Philips
Teknologi ProVelocity yang padat
Teknologi ini menyalurkan stim berterusan yang menembusi jauh ke dalam baju untuk menghilangkan
kedutan dengan mudah. Pada masa yang sama, teknologi ini memastikan perkakas lebih padat dan
ringan berbanding dengan penjana stim tradisional untuk penyimpanan yang mudah.
Bersedia untuk menggunakan
Jenis air untuk digunakan
Perkakas ini telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Akan tetapi, jika anda tinggal di
kawasan yang mempunyai air liat, pembentukan kerak yang cepat mungkin akan berlaku. Oleh sebab
itu, anda disyorkan untuk menggunakan air suling atau air tanpa mineral untuk memanjangkan hayat
perkakas.
Amaran: Jangan gunakan air berwangian, air dari mesin pengering pakaian, cuka, kanji,
agen penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan, air yang dinyahkerak secara kimia
atau bahan kimia lain, kerana ini boleh menyebabkan air berdetus, kesan kotoran
berwarna perang atau kerosakan pada perkakas anda.
Mengisi tangki air
Isi tangki air sebelum setiap penggunaan atau apabila aras air di dalam tangki jatuh di bawah aras
minimum. Anda boleh mengisi semula tangki air pada bila-bila masa semasa menyeterika.
Loading ...
Loading ...
Loading ...