Philips AT750/16 Shaver

User Manual - Page 56

For AT750/16. Also, The document are for others Philips models: AT9XX, AT8XX, AT7XX

PDF File Manual, 134 pages, Read Online | Download pdf file

AT750/16 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
Kitar semula
Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir
hayatnya, sebaliknya serahkannya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar
semula. Dengan berbuat begini, anda membantu memelihara alam sekitar.
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Hanya keluarkan bateri cas semula apabila anda membuang pencukur.
Pastikan bateri cas semula tersebut benar-benar kosong semasa anda
mengeluarkannya.
1 Buka skru di bahagian belakang pencukur dan di dalam ruang rambut.
2 Alihkan panel depan dan belakang.
3 Bengkokkan 6 cangkuk ke tepi dan keluarkan unit kuasa.
Berhati-hati, cangkuk tersebut adalah tajam.
4 Keluarkan bateri boleh cas semula.
Jaminan dan sokongan
Jika anda perlukan maklumat atau sokongan, sila lawati www.philips.com/
support atau baca risalah jaminan sedunia.
Sekatan jaminan
Kepala pencukur (pemotong dan adangan) tidak diliputi oleh terma jaminan
antarabangsa kerana ia terdedah kepada kelusuhan.
Penyelesai Masalah
Bab ini merumuskan masalah paling lazim yang mungkin anda hadapi dengan
perkakas ini. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat
di bawah, lawati www.philips.com/support untuk mendapatkan senarai
soalan lazim atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan di negara anda.
Masalah Penyebab yang mungkin Penyelesaian
Alat pencukur tidak
mencukur sebaik
sebelum ini.
Kepala pencukur rosak atau
lusuh.
Gantikan kepala pencukur (Lihat bab
‘Penggantian’).
Lebihan busa dan gel
menyumbat kepala pencukur.
Bilas unit pencukur di bawah air paip
panas (lihat bab Pembersihan dan
penyelenggaraan’).
Rambut yang panjang
menghalang kepala pencukur.
Bersihkan kepala pencukur satu demi
satu (lihat bab ‘Pembersihan dan
penyelenggaraan’).
Anda belum lagi memasukkan
kepala pencukur dengan betul.
Pastikan bahawa bahagian unjuran kepala
pencukur muat dengan tepat di dalam
ruang ceruknya (lihat bab ‘Pembersihan dan
penyelenggaraan’).
BAHASA MELAYU56
Loading ...
Loading ...
Loading ...