Philips GC8225/02 Pressurised Steam Generator

User Manual - Page 46

For GC8225/02.

PDF File Manual, 78 pages, Read Online | Download pdf file

GC8225/02 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
Petua
- Jika anda tidak tahu jenis kain sesuatu pakaian itu diperbuat daripada,
tentukan suhu penyeterikaan yang betul dengan menyeterika bahagian
pakaian yang tidak kelihatan apabila anda memakai atau menggunakan
pakaian tersebut.
- Jika kain mengandungi pelbagai jenis gentian yang berbeza, sentiasa
pilih suhu yang diperlukan oleh gentian yang paling halus, iaitu, suhu
yang paling rendah. Contohnya: jika sesuatu kain itu mengandungi 60%
poliester dan 40% kapas, ia mesti diseterika pada suhu yang dinyatakan
untuk poliester ( 1) dan tanpa stim.
- Mulai menyeterika bahan yang memerlukan suhu seterika yang paling
rendah, iaitu bahan yang dibuat daripada serat sintetik.
- Jika anda menetapkan suhu yang lebih rendah semasa penyeterikaan,
tunggu sehingga seterika telah menyejuk hingga ke suhu yang ditetapkan
sebelum anda teruskan penyeterikaan. Untuk menyejukkan seterika
dengan lebih cepat lagi, tekan pencetus stim atau seterika sehelai kain.
Menggunakan perkakas
Penyeterikaan stim
Hos bekalan mungkin menjadi panas sepanjang sesi menyeterika yang
panjang.
Nota: Sistem mungkin kadangkala mengeluarkan bunyi mengepam semasa
penyeterikaan stim. Ini adalah perkara biasa dan memberitahu anda bahawa
air sedang dipam ke dalam penjana stim.
1 Pastikan air di dalam tangki air mencukupi.
2 Pastikan perkakas diplag masuk dan dihidupkan (lihat bab
‘Menyediakan untuk Penggunaan’).
3 Tetapkan suhu penyeterikaan yang diperlukan (lihat bab ‘Bersedia
untuk menggunakannya’).
Menyeterika dengan stim hanya boleh dilakukan pada suhu seterika yang
melebihi 2.
4 GC8325/GC8320/GC8261/GC8260/GC8225/GC8220 sahaja:
Tetapkan tetapan stim yang dikehendaki dengan butang + dan - pada
panel kawalan penjana stim.
p bagi stim maksimum (tetapan suhu MAX).
[ bagi stim sederhana (tetapan suhu 3 hingga MAX).
] bagi stim minimum (tetapan suhu 2 hingga MAX).
a bagi tiada stim (tetapan suhu 1 hingga MAX).
, Lampu stim berkelip untuk menandakan bahawa penjana stim sedang
memanas.
, Selepas kira-kira 2 minit, lampu stim terus menyala, untuk
menandakan bahawa penjana stim sedia untuk penyeterikaan stim.
Nota: Semasa menyeterika, anda boleh melaraskan tetapan stim dengan
menggunakan butang stim + dan - . Ia mengambil beberapa ketika sebelum
jumlah stim dilaraskan.
BAHASA MELAYU46
Loading ...
Loading ...
Loading ...