Loading ...
Loading ...
Loading ...
16
Untuk mengelak daripada risiko kejutan elektrik; jangan masukkan
kabel, plag atau alat perkakas dalam air atau sebarang cecair lain.
Jangan letakkan alat perkakas berdekatan dengan sebarang sumber
haba atau berdekatan sebarang unsur elektrikal. Jangan letakkan alat
perkakas di atas alat perkakas yang lain.
Gunakan pemegang dan butang; guna sarung tangan ketuhar jika perlu.
Berhati-hati apabila membuka dan menutup pintu ketuhar anda:
sebarang tekanan kuat atau bergegar boleh menyebabkan variasi
dalam suhu yang mungkin memecahkan bahagian kaca. Bahagian-
bahagian ini diperbuat daripada kaca tahan lasak untuk mengelak
sebarang risiko semburan sekaligus mengelak bahaya kepada
pengguna.
Jangan letakkan sebarang pinggan pada kaca ketuhar anda jika ia
terbuka.
Jika sebarang bahagian produk terbakar jangan cuba memadamkan
api dengan air. Cabut plag perkakas dan jangan buka penutup.
Padamkan api dengan kain lembap.
Jangan simpan sebarang produk mudah terbakar berhampiran atau di
bawah unit perabot di mana perkakas terletak.
Jangan kendalikan perkakas di bawah unit dinding, rak, atau dekat
dengan bahan-bahan mudah terbakar seperti tirai, langsir, kain …
Jangan gunakan alat perkakas sebagai sumber haba.
Jangan sekali-kali meletakkan kertas, kadbod, atau plastik dalam alat
perkakas dan jangan letakkan apa-apa di atasnya (perkakas dapur,
pemanggang, objek, hidangan panas selepas memasak ...).
Jangan letakkan sebarang kerajang aluminium di bawah perkakas
untuk melindungi permukaan kerja, atau di antara unsur-unsur
pemanasan, dan tidak bersentuhan dengan lapisan dalam dinding
atau unsur-unsur, kerana anda menghadapi risiko serius untuk
merosakkan ketuhar atau permukaan kerja.
Jangan memasukkan sebarang benda ke dalam saluran pengudaraan
dan jangan menghalangnya.
Jangan gunakan produk pembersihan yang kuat (terutamanya penipis
berasaskan soda), dan tidak juga pad brillo, ataupun kain penyental.
Produk ini telah direka untuk penggunaan domestik sahaja. Sebarang
penggunaan dalam bentuk komersil, atau panyalahgunaan atau
kegagalan untuk mematuhi arahan-arahan ini, pihak pengeluar tidak
akan bertanggungjawab dan jaminan tidak boleh diguna dan pakai.
Loading ...
Loading ...
Loading ...