Huawei DBY-W09 Matepad

User Manual - Page 18

For DBY-W09.

PDF File Manual, 45 pages, Read Online | Download pdf file

DBY-W09 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
Untuk mengelakkan kerosakan litar dalaman peranti atau
pengecas, jangan gunakan peranti di tempat yang berdebu,
lembap atau kotor, atau berhampiran medan magnet.
Apabila mengecas peranti, pastikan penyesuai kuasa dipalam
masuk ke soket yang berhampiran dengan peranti dan adalah
mudah diambil.
Cabut palam pengecas dari salur keluar elektrik dan peranti
semasa tidak digunakan.
Jangan gunakan, simpan, atau hantar peranti ke tempat bahan
mudah bakar atau letupan disimpan (dalam stesen minyak,
depot minyak, loji kimia dll). Penggunaan peranti anda di
tempat-tempat ini menambah risiko berlakunya letupan atau
kebakaran.
Jauhkan bateri daripada api, dan jangan membuka pemasangan,
mengubah suai, membuang atau menekannya. Jangan
masukkan objek asing ke dalamnya, merendamkannya di dalam
air atau cecair lain, atau mendedahkannya kepada daya luar
atau tekanan, kerana ini boleh menyebabkan bateri bocor,
menjadi terlalu panas, terbakar ataupun meletup.
Buang peranti, bateri, dan aksesori ini dengan mengikut
peraturan tempatan. Alat-alat tersebut tidak sepatutnya dibuang
seperti sampah rumah tangga biasa. Penggunaan bateri yang
tidak betul boleh menyebabkan berlakunya kebakaran, letupan,
atau kemalangan yang lain.
Peranti ini mengandungi bateri terbina dalam. Jangan cuba
menggantikan bateri sendiri. Jika tidak, peranti mungkin tidak
berjalan dengan normal atau bateri mungkin dirosakkan. Untuk
keselamatan diri anda dan untuk memastikan bahawa peranti
anda berjalan dengan normal, anda amat disyorkan untuk
menghubungi pusat servis yang dibenarkan Huawei untuk
membuat gantian.
Maklumat pelupusan dan kitar semula
16
Loading ...
Loading ...
Loading ...