Loading ...
Loading ...
Loading ...
Am
- Perkakas dilengkapi dengan pemilih voltan automatik dan sesuai untuk
voltan punca kuasa utama daripada 100 hingga 240 volt.
- Penyesuai mengubah 100-240 volt kepada voltan rendah dan selamat
tidak melebihi 24 volt.
Pengecasan
Cas perkakas sepenuhnya sebelum anda menggunakannya buat kali
pertama dan selepas tidak digunakan dalam tempoh yang lama.
HC5450: Perkakas memerlukan lebih kurang 1 jam untuk dicas sepenuhnya.
Setelah perkakas dicas sepenuhnya, ia mempunyai tempoh
masa pengendalian tanpa kord sehingga 90 minit.
HC5440/HC3420: Perkakas memerlukan lebih kurang 8 jam untuk dicas
sepenuhnya.
Setelah perkakas dicas sepenuhnya, ia mempunyai tempoh
masa pengendalian tanpa kord sehingga 60 minit (HC3420) atau 75 minit
(HC5440).
Nota: Selepas mengecas perkakas sepenuhnya buat kali pertama, anda juga
boleh menggunakan perkakas tersebut terus daripada sesalur kuasa. Hanya
sambungkan perkakas kepada sesalur kuasa.
Penunjuk pengecasan (HC5450 sahaja)
Penunjuk kuasa bateri rendah
- Apabila bateri hampir kosong, lampu pengecasan mula berkelip jingga.
Pengecasan
- Apabila perkakas sedang dicas, lampu pengecasan akan berkelip hijau.
Bateri telah dicas sepenuhnya
- Apabila bateri telah dicas sepenuhnya, lampu pengecasan akan menyala
hijau berterusan.
Nota: Selepas 30 minit, lampu pengecasan akan mati secara automatik.
BAHASA MELAYU34
Loading ...
Loading ...
Loading ...