Loading ...
Loading ...
Loading ...
1514
Basahkan gasket (c2) dan letakkannya
dengan betul pada unit bilah (c1): 3
lipatan gasket mesti boleh dilihat sebaik
sahaja ia berada pada tempatnya. Jika
ia diletakkan dalam arah yang lain, anda
tidak boleh menguncinya pada unit bilah
pada jag. (Rjh. 1).
Letakkan pemasangan (c1+c2) pada tapak
jug (c3). Kuncinya dengan memutar unit
bilah melalui putaran sukuan dalam arah
melawan jam. (Rjh. 2).
Masukkan bahan ke dalam jug yang
dipasang tanpa melebihi paras maksimum
yang ditunjukkan:
* 1.25L untuk campuran tebal
* 1L untuk persediaan cecair.
Letakkan i penutup (c4) pada jug . Letakkan
cawan penyukat (c5) dalam relungnya pada
penutup.
Letakkan pemasangan jug pengisar (C)
pada unit motor (A). Kunci merah (buka
diselarikan dalam slot pada unit motor.
(Rjh. 3 - kedudukan 1)
Kemudian, putar jug pengisar (C) melalui
putaran sukuan sehingga kunci hijau
(ditutup)
muncul. (Rjh. 3 - kedudukan 2)
2 kemungkinan kedudukan jag: pemegang
pada sebelah kanan atau kiri
unit motor.
Masa penggunaan maksimum perkakas
selama 3 minit mesti dipatuhi.
Dengan pencincang herba (D) anda boleh
mencincang bahan seperti bawang merah,
bawang putih, daging (dipotong dalam
bentuk kepingan) dan buah kering dalam
beberapa saat, serta membuat serbuk roti
(daripada roti panggang).
Jangan gunakan pencencang herba untuk
persediaan cecair (jus buah-buahan. dll.)
Dengan pengisar rempah (E) anda boleh
mengisar rempah dalam beberapa saat: biji
ketumbar, lada hitam, dll.
Aksesori ini dilengkapi dengan mangkuk (F)
yang mengelakkan capaian kepada bilah
semasa digunakan.
1- Putar mangkuk (F) dan tuangkan bahan.
2- Letakkan gasket (d1) atau (e1) dalam
relungnya pada unit bilah (d2 atau e2).
(Rjh. 4). Letakkan kedudukan unit bilah
pada mangkuk selari dengan tanda pada
mangkuk dan unit bilah. Kunci aksesori
dengan memutar unit bilah melalui
putaran sukuan dalam arah melawan jam.
(Rjh. 5).
Langkah berjaga-jaga: kebocoran boleh
berlaku jika aksesori tidak dikunci dengan
betul.
3- Putar pemasangan yang pasang (D atauE)
dan kedudukannya pada unit motor. Kunci
merah (buka) diselarikan dalam slot
pada unit motor. (Rjh. 6 - kedudukan 1)
4- Kemudian, putar aksesori yang dipasang
(D atau E) melalui putaran sukuan
sehingga kunci hijau (ditutup) muncul.
(Rjh. 6 - kedudukan 2)
5- Pasang plug perkakas dan putar pemilih
kelajuan (B) ke kedudukan yang
dikehendaki atau gunakan beberapa
denyutan. Pegang mangkuk (F) semasa
perkakas sedang digunakan. Untuk
menghentikan perkakas, putar pemilih
kelajuan (B) kembali ke kedudukan “0”.
6- Buka kunci aksesori dengan memutarnya
melalui putaran sukuan dalam arah
melawan jam, sehingga kunci merah
(buka) muncul. Tanggalkan aksesori
yang dipasang (D, E) dari unit motor.
Putar pada tempat kerja sebelum membuka
kunci unit bilah (d2, e2) dari mangkuk (F)
dalam susunan terbalik bagi pemasangan.
Bilah sangat tajam: gunakannya dengan
berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan.
Kemundian, anda boleh mengambil
penyediaan dalam mangkuk.
* Warna mangkuk mungkin berubah selepas
mengisar beberapa bahan yang sangat
keras: (bunga cengkih, kulit kayu manis, dll.).
MENGGUNAKAN PERKAKAS ANDA
Loading ...
Loading ...
Loading ...