Philips GC6704/36R1 Steam generator iron

User Manual - Page 18

For GC6704/36R1.

PDF File Manual, 42 pages, Read Online | Download pdf file

GC6704/36R1 photo
Loading ...
Loading ...
Loading ...
20
Bahasa Melayu
Penyeterikaan menegak
Amaran: Stim panas akan keluar dari seterika. Jangan cuba menghilangkan kedutan
baju yang sedang dipakai (Raj. 8). Jangan kenakan stim berdekatan tangan anda atau
orang lain.
Anda boleh menggunakan seterika stim dalam keadaan menegak untuk menghilangkan kedutan baju
yang digantung.
1 Pegang seterika dalam kedudukan menegak, tekan picu stim dan sentuhkan plat tapak pada
pakaian dengan lembut sambil menggerakkannya ke atas dan bawah (Raj. 9).
Pematian auto
- Perkakas ini akan beralih kepada mod siap sedia jika tidak digunakan selama 15 minit. Lampu
“seterika sedia” akan mula bernyala.
- Untuk mengaktifkan perkakas sekali lagi, tekan picu stim. Perkakas mula menjadi panas sekali lagi.
- Perkakas akan dimatikan secara automatik jika tidak digunakan selama 10 minit lagi selepas beralih
kepada mod siap sedia. Lampu “seterika sedia” akan mati.
Amaran: Jangan biarkan perkakas tanpa dijaga apabila disambungkan pada sesalur
kuasa. Cabut plag perkakas setiap kali selepas digunakan.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Sistem Pembersihan Kerak Pintar
Perkakas anda telah direka bentuk dengan sistem Pembersihan Kerak Pintar untuk memastikan
pembersihan dan penanggalan kerak dilakukan dengan tetap. Ini membantu mengekalkan prestasi
stim yang kuat dan mengelakkan habuk serta kotoran keluar dari plat tapak dari masa ke masa. Untuk
memastikan proses pembersihan dilakukan, perkakas akan memberikan peringatan berkala.
Peringatan bunyi dan lampu Pembersihan Kerak
Selepas penggunaan selama 1 hingga 3 bulan, lampu Pembersihan Kerak akan mula bernyala dan
perkakas akan mula mengeluarkan bunyi bip yang menandakan anda perlu melakukan proses
Pembersihan Kerak (Raj. 10).
Selain itu, langkah keselamatan kedua untuk melindungi perkakas daripada kerak telah disepadukan:
fungsi stim akan dinyahdayakan jika penanggalan kerak tidak dilakukan (Raj. 11). Selepas penanggalan
kerak dilakukan, fungsi stim akan dipulihkan. Ini berlaku tanpa mengambil kira jenis air yang
digunakan.
Nota: Proses Pembersihan Kerak boleh dilakukan pada bila-bila masa, walaupun peringatan bunyi
dan lampu belum diaktifkan lagi.
Melakukan proses Pembersihan Kerak dengan bekas
Pembersihan Kerak
Amaran: Jangan tinggalkan perkakas tanpa dijaga sewaktu proses Pembersihan Kerak.
Awas: Lakukan proses Pembersihan Kerak dengan bekas Pembersihan Kerak sahaja. Jangan ganggu
proses dengan mengangkat seterika dari bekas Pembersihan Kerak, kerana air panas dan stim akan
keluar dari plat tapak.
Loading ...
Loading ...
Loading ...