Loading ...
Loading ...
Loading ...
Alam sekitar
- Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir
hayatnya, sebaliknya serahkannya ke pusat pungutan rasmi untuk
dikitar semula. Dengan berbuat begini, anda membantu memelihara
alam sekitar (Gamb. 3).
- Bateri boleh cas semula terbina dalam mengandungi bahan yang
boleh mencemarkan alam sekitar. Pastikan anda mengeluarkan bateri
sebelum membuang atau menyerahkan perkakas di pusat pungutan
rasmi. Buang bateri ini di pusat pungutan rasmi bagi bateri. Jika anda
menghadapi masalah untuk mengeluarkan bateri, anda juga boleh
membawa perkakas ini ke pusat servis Philips. Kakitangan pusat ini
akan mengeluarkan bateri ini untuk anda dan akan membuangnya
dengan cara yang selamat bagi alam sekitar (Gamb. 4).
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Hanya keluarkan bateri boleh cas apabila anda membuang pencukur.
Pastikan baterinya benar-benar telah habis semasa anda
mengeluarkannya.
Berhati-hati, jalur bateri sangat tajam.
1 Periksa sama ada terdapat skru pada bahagian belakang pencukur.
Jika ada, keluarkannya.
2 Tanggalkan panel belakang dan/atau hadapan perkakas dengan
menggunakan pemutar skru. Jika perlu, tanggalkan juga skru
tambahan dan/atau bahagian sehingga anda dapat melihat papan litar
tercetak dengan bateri boleh cas semula.
3 Keluarkan bateri boleh cas semula.
BAHASA MELAYU 39
Loading ...
Loading ...
Loading ...