Loading ...
Loading ...
Loading ...
9
Pengendalian mengikut peraturan
ms
Pengendalian mengikut peraturan
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan simpan!
Jika perkakas diberikan kepada pihak yang lain, sertakan
bersama manual ini.
Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan perkakas dengan
betul akan mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan yang
berlaku.
Perkakas ini hanya sesuai untuk pengunaan di dalam rumah atau
persekitaran sepertinya. Penggunaan perkakas untuk memproses
kuantiti makanan yang biasa untuk kegunaan domestik.
Perkakas ini sesuai untuk kacau, pukul dan campur bahan masak
lembut dan cecair seperti uli daripada doh lembut. Perkakas ini tidak
boleh digunakan untuk memproses objek atau bahan yang lain.
Perkakas ini boleh digunakan oleh orang dengan kekurangan
keupayaan fizikal, deria atau metal, atau kekurangan pengalaman
dan/atau pengetahuan dibawah selian atau telah dilatih mengikut
keselamatan pengendalian peralatan ini dan memahami kesan
bahayanya. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada perkakas
dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengendalikan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan bermain dengan
perkakas ini. Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk mencuci atau
menyelenggara perkakas ini.
Arahan keselamatan
W Bahaya kejutan elektrik dan kebakaran!
Gunakan perkakas ini hanya di dalam bangunan pada suhu bilik dan
ketinggian sehingga 2000 m di atas paras laut. Jangan letak
perkakas di atas atau berdekatan dengan permukaan panas, seperti
plat panas.
Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi pada
plat identifikasi. Hanya guna sekiranya tiada tanda kerosakkan pada
perkakas dan kord kuasa. Pembaikan pada peralatan, seperti
menukar kabel bekalan kuasa, hanya boleh dilakukan oleh khidmat
pelanggan kami bagi mengelakkan bahaya. Jangan biarkan kord
kuasa bersentuhan dengan bahagian panas atau menariknya di atas
bahagian sisi yang tajam.
Jangan sesekali merendam unit asas ke dalam air atau mesin basuh
pinggan mangkuk. Jangan gunakan pembersih wap. Jangan
kendalikan perkakas dengan tangan yang basah.
Peralatan ini mestilah sentiasa dipisahkan dari punca kuasa selepas
setiap penggunaan,ketika tanpa penyeliaan, sebelum pemasangan,
penanggalan atau pembersihan dan kerosakan.
Loading ...
Loading ...
Loading ...