User Manual - Page 211

For BL300838.

Loading ...
Loading ...
Loading ...
Sentiasa tanggalkan perkakas daripada sumber tenaga elektrik
ketika dibiar tanpa pengawasan dan sebelum dipasang, dibuka
atau dicuci.
Berhati-hati dengan risiko cedera yang disebabkan oleh cara
penggunaan dan pengendalian yang salah.
Jangan gunakan perkakas anda jika tidak berfungsi dengan betul
atau jika perkakas rosak. Dalam keadaan ini, sila hubungi pusat
perkhidmatan yang diluluskan (sila lihat senarai dalam buku
panduan).
Segala perkhidmatan selain daripada pembersihan dan
penyelenggaraan biasa oleh pelanggan mesti dilakukan di pusat
perkhidmatan yang diluluskan.
Jangan gunakan perkakas ini untuk mengadun atau mengisarkan
bahan-bahan lain selain daripada bahan makanan.
Jangan sekali-kali menggunakan mangkuk pengisar tanpa bahan-
bahan atau dengan hanya adanya bahan mentah pepejal.
Sentiasa tuangkan bahan-bahan cecair terlebih dahulu ke dalam
mangkuk pengisar sebelum menambahkan bahan pepejal.
Jangan menggunakan mangkuk pengisar atau aksesori-aksesori
(mengikut model) sebagai bekas biasa (untuk pembekuan,
pemasakan dan pensterilan).
Untuk mengelakkan limpahan, jangan penuhkan mangkuk
sehingga melebihi tahap maksimum yang dinyatakan.
Jangan sentuh bahagian-bahagian perkakas yang sedang bergerak
(pisau...dll.).
Pisau-pisau pada bekas pengisar dan aksesori-aksesori (mengikut
model) adalah sangat tajam: sila kendalikan dengan berhati-hati
semasa mengkosongkan mangkuk pengisar, semasa memasang
atau menanggalkan pisau pada mangkuk pengisar (mengikut
model) atau aksesori-aksesori (mengikut model) dan semasa
pencucian.
112
Loading ...
Loading ...
Loading ...