Tefal IS6200M2 Compact valet

User Manual - Page 69

For IS6200M2.

PDF File Manual, 72 pages, Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
64
Mula daripada bahagian atas pakaian dan secara perlahan-lahan gerakkan perkakas ke
bawah (gambarajah 13). Selalu gunakan alat stim dalam kedudukan menegak.
Untuk kesenangan anda, kami mencadangkan untuk menarik pakaian ke arah bawah
dengan tangan anda semasa penstiman. Pastikan anda tidak menyentuh stim panas.
Semasa beroperasi, hos mungkin mengeluarkan bunyi deguk-deguk. Hal ini adalah nor-
mal dan adalah disebabkan oleh pemeluwapan air. Jika perkakas mula berdeguk, re-
hatkan kepala alat stim pada sokongan untuk beberapa ketika untuk menyalurkan
pemeluwapan ke dalam perkakas semula.
AKSESORI
Sebelum menggunakan aksesori, baca cadangan pengeluar.
Adalah disarankan bahawa anda menguji perkakas terlebih dahulu ke atas sebahagian
daripada kain atau pakaian yang tidak kelihatan.
Berus kain
Berus kain membuka tenunan fabrik untuk penembusan wap yang lebih baik.
Pasangkan berus fabrik ke kepala pengewap den-
gan membariskan bawah berus dengan bawah
kepala pengewap. Tekan bahagian atas berus se-
cara perlahan-lahan ke atas kepala alat stim se-
hingga memasuki tempatnya dengan bunyi klik.
Berus dengan lembut kawasan yang ingin
diwap dengan ira atau bahagian nep fabrik.
Alihkan berus fabrik apabila palam unit dicabut
dan sejuk sepenuhnya. Tanggalkan berus kain
dengan menekan tab di atas berus semasa menarik ke hadapan.
Penghilang kedutan
Tanggalkan berus kain. Gelongsorkan cangkuk
aksesori dengan sepenuhnya ke dalam slot yang
terletak di bahagian bawah kepala alat stim.
Tekan pemegang untuk membuka alat penghi-
lang kedutan.
Letakkan pakaian di antara alat penghilang kedu-
tan dan kepala alat stim.
Lepaskan pemegang.
Mulai daripada bahagian atas pakaian, gerakkan penghilang kedutan ke arah bawah.
Sekiranya unit dicabutkan daripada soket dan telah menjadi sejuk, tanggalkan penghi-
lang kedutan dengan menggelongsorkan daripada kepala alat stim.
Lint pad
Lint pad menanggalkan rambut, lint dan bulu haiwan untuk memberikan permukaan
yang cantik.
Untuk menggunakan lint pad, beruskan pakaian secara perlahan-lahan mengikut arah
tenunan kain.
Pastikan unit dicabut dan telah menyejuk dengan secukupnya sebelum memasangkan
aksesori.
Lint pad merupakan aksesori asing dan tidak boleh dipasang pada kepala alat stim.
Anda boleh menggunakan lint pad secara berasingan daripada alat stim.
9100021246-01 IS6200 M2-D2.qxp_110X154 08/07/2016 10:39 Page64
Loading ...
Loading ...
Loading ...