Loading ...
Loading ...
Loading ...
- Hubungi doktor gigi anda jika pendarahan yang
melampau berlaku selepas menggunakan berus
gigi ini atau jika pendarahan berterusan selepas
penggunaan selama 1 minggu. Hubungi doktor
gigi anda juga sekiranya anda mengalami sebarang
ketidakselesaan atau kesakitan semasa anda
menggunakan Sonicare.
- Berus gigi Sonicare ini mematuhi standard
keselamatan bagi peranti elektromagnet. Jika anda
memakai perentak jantung atau peranti diimplan yang
lain, hubungi doktor anda atau pengeluar perkakas
yang diimplan sebelum menggunakan berus gigi ini.
- Jika anda mempunyai keraguan dari segi perubatan,
hubungi doktor anda sebelum menggunakan Sonicare.
- Perkakas ini hanya direka bentuk untuk
membersihkan gigi, gusi dan lidah. Jangan
gunakannya untuk tujuan lain. Berhenti
menggunakan perkakas ini dan hubungi doktor
anda sekiranya anda mengalami apa-apa
ketidakselesaan atau kesakitan.
- Berus gigi Sonicare ialah alat penjagaan diri
peribadi dan tidak dimaksudkan untuk digunakan
oleh lebih daripada seorang pesakit di klinik atau
institusi penjagaan gigi.
- Jangan gunakan kepala berus dengan bulu kejur
yang rosak atau bengkok. Tukar kepala berus
setiap 3 bulan atau lebih awal sekiranya terdapat
tanda-tanda kehausan.
- Jangan gunakan kepala berus selain yang
disarankan oleh pengeluar.
- Sekiranya ubat gigi anda mengandungi peroksida,
soda penaik atau bikarbonat (yang biasa terdapat
pada ubat gigi pemutih), bersihkan sepenuhnya
kepala berus dan pemegang dengan sabun dan air
setiap kali selepas anda menggunakannya. Ini dapat
mengelakkan plastik daripada memecah.
BAHASA MELAYU 59
Loading ...
Loading ...
Loading ...