Tefal VU6555Y1 Eole crystal

User Manual - Page 11

For VU6555Y1.

PDF File Manual, 16 pages, Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
8
Sila baca dengan teliti dan simpan di tempat selamat.
AMARAN
Anda perlu membaca arahan ini dengan teliti dan mematuhi syor berikut.
• Untuk keselamatan anda, alat ini mematuhi piawaian dan peraturan yang terpakai (Arahan Voltan Rendah,
Kepatuhan Elektro Magnetik, Alam Sekitar....)
• Sebelum penggunaan, sentiasa periksa keadaan alat, soket kuasa dan kabel elektrik.
• Jangan tarik kabel elektrik atau alat, walaupun untuk mencabutnya daripada soket dinding.
• Jangan selitkan objek ke dalam alat (contohnya jarum...).
Alat ini bukan bertujuan digunakan oleh individu (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai kekurangan keu-
payaan fizikal, deria atau mental, atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka diberi pen-
gawasan atau arahan berkaitan penggunaan alat oleh individu yang bertanggungjawab terhadap keselamatan
mereka. Kanak-kanak perlu diawasi bagi memastikan mereka tidak bermain dengan alat.
• Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun dan ke atas dan oleh mereka dengan kekuran-
gan keupayaan fizikal, deria atau mental, atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan jika mereka mene-
rima pengawasan atau arahan berkaitan penggunaan alat secara selamat dan memahami bahaya yang terli-
bat. Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan alat. Pembersihan dan penyelenggaraan oleh pengguna tidak
boleh dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
• Produk ini direka untuk kegunaan domestik sahaja. Pembuat tidak bertanggungjawab dan jaminan akan ter-
batal jika terdapat sebarang penggunaan komersial, penggunaan yang tidak wajar atau kegagalan mematuhi
arahan.
• Jangan gunakan alat ini di dalam bilik yang berhabuk atau di dalam bilik yang terdapat risiko kebakaran.
Alat ini adalah untuk kegunaan domestik sahaja. Oleh itu alat ini tidak boleh digunakan untuk aplikasi industri.
• Jika kabel kuasa rosak, ia perlu diganti oleh pembuat, pembekal servis selepas jualan atau individu dengan
kepakaran yang sama untuk mengelakkan sebarang bahaya.
• Penghapusan produk di akhir tempoh kitar hayat: Bagi menjaga alam sekitar, lupuskan peralatan anda di
pusat pelupusan sisa setempat.
SANGAT PENTING
• Alat perlu berada 50 cm jauh daripada sebarang objek (langsir, dinding, aerosol dan sebagainya)
• JANGAN BIARKAN AIR MEMASUKI ALAT.
• Jangan pegang alat dengan tangan yang basah.
• Sebelum operasi, sila pastikan:
- Alat ini dipasang mengikut arahan pembuat
- Alat diletakkan di atas permukaan yang stabil dan tetap.
- Alat berada pada kedudukan operasi yang biasa (kedudukan menegak pada tapaknya).
VOLTAN
• Sebelum menggunakan alat ini buat kali pertama, pastikan voltan bekalan elektrik anda sama
dengan yang ditunjukkan pada alat.
• Alat anda boleh digunakan dengan palam kuasa tanpa sambungan bumi. Ia adalah alat kelas II
(penebat elektrik berkembar ).
PEMASANGAN
• Alat anda dibekalkan tanpa pemasangan. Untuk keselamatan anda, adalah penting untuk
memasangnya dengan betul. Gamba rajah 6, 7, 8.
OPERASI MOD. VU6525/55
Tekan butang seperti berikut :
• Kedudukan ON/OFF : menghidupkan dan mematikan unit
• Kedudukan : ventilasi tahap rendah
• Kedudukan : ventilasi sederhana
• Kedudukan : ventilasi tahap tinggi.
• Ayunan : tekan butang jika anda mahu kipas berayun.
MS
Loading ...
Loading ...
Loading ...